$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

10 Tips Baru Nak Mula Bisnes

SHARE:

Perasan atau tidak ramai yang ingin membuka bisnes sendiri tetapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan bisnes. Mereka takut akan kegagalan ya...


Perasan atau tidak ramai yang ingin membuka bisnes sendiri tetapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan bisnes. Mereka takut akan kegagalan yang akan berlaku dan tidak tahu dimana hendak mulakan segala bisnes perniagaan ini.

Nak buat bisnes ini bukanlah sesuatu yang mudah dan senang, pelbagai liku yang perlu dihadapi dan ditempuhi sehingga ada yang tersungkur dan bangun semula dan ada yang jatuh terus hingga menyepi.


Dibawah ini saya hendak kongsikan sedikit 10 Tips Baru Nak Mula Bisnes

1. Tahu tujuan bisnes
Anda kena tahu anda buat bisnes untuk apa, bagaimana hendak buat dan apakah produk yang anda akan buat dan buat jualan. Jikalau ikut orang sahaja, anda pasti tidak berjaya kerana anda tidak kaji apakah tujuan bisnes yang anda lakukan untuk berjaya kelak.

2. Buat apa yang anda suka
Di dalam bisnes ini anda kena buat apa yang anda suka, jangan sesekali ikut orang kerana idea yang hendak mulakan bisnes itu tidak sampai dan selalu mengharapkan orang sekeliling tentang apa nak buat selepas ini. Andai kata anda tahu apa produk yang anda suka buat, pastikan semuanya akan jadi senang kerana anda mempunyai knowledge / ilmu berkaitan dengan itu.

3. Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif
Kena sentiada berada dipersekitaran yang positif, jikalau orang disekeliling anda negatif dan selalu perli serta kutuk. Anda akan selalu jadi down dan tidak menentu serta berfikir apakah aku buat ini akan berjaya atau tidak. Perkara tersebut selalu bermain di orang kaki bisnes ini. Apabila orang positif berada dekat anda, mereka akan selalu berikan kata semangat serta dorongan sehingga anda berjaya.

4. Sentiasa belajar
Kalau sudah dewasa dan nak buat bisnes, kita kena sentiasa belajar juga tentang apa masalah dan penyelesaian yang kita akan lakukan andai terjadi apa-apa perkara. Ilmu itu penting untuk menentukan hala tuju hidup anda. Jangan ingat bisnes ini hanya main bedal dan bantai sahaja tanpa ada ilmu yang kuat untuk buat bisnes kita sehingga berjaya.

5. Letakkan keutamaan pada pelanggan anda
Segala benda produk kita mesti kena selesaikan masalah pelanggan yang hadapi. Contoh produk kecantikan, pelanggan mesti banyak jerawat dan jikalau pelanggan mengadu sesuatu benda. Jadi pendengar yang baik dan cari idea untuk selesaikan masalah pelanggan serta bercerita apa yang akan terjadi dalam bentuk kebaikkan dan keburukan.

6. Rancang dengan teliti
Perancangan memang sangat penting untuk menentukan apa yang akan terjadi selepas ini. Ibarat kena buat nota untuk hala tuju yang seterusnya. Jikalau main up jadi sahaja, itu semua akan menjadi bisnes kita lebih buruk dan tidak tahu apa kena buat selepas ini. Bermakna kena ada plan A, B, C dan seterusnya sehingga berjaya.

7. Sesuaikan diri
Kalau buat bisnes tapi terlampau takut menghadapi karenah pelanggan itu adalah bahaya kerana pelanggan ini bermacam-macam jenis ada. Ada yang cepat faham dan ada yang susah nak faham serta ada yang kena lukis sekali. Jadi perlu sesuaikan diri menghadapi perkara tersebut supaya anda boleh counter dengan mudah dan senang hati.

8. Seimbangkan online dan offline
Zaman sekarang bisnes online terlampau banyak dan perlu bersaing harga dengan peniaga yang lain. Jadi anda kena buat satu planning iaitu buat offline sekali seperti cod atau buka kedai, booth, kiosk dan sebagainya sebagai orang tahu anda berada dimana dan nampak lebih trusted apabila pembeli nak beli secara online. Kalau pembeli tidak percaya, suruh datang ke kedai.

9. Mulakan jualan atau pemasaran
Sentiasa mulakan jualan setiap hari tanpa henti dan pemasaran / marketing kena mantap seperti di media sosial sekarang ini adalah platform yang terbaik untuk anda buat iklan kerana adalah percuma tapi jangan terlebih takut kena sekat. Tanpa iklan dan jualan untuk dapatkan testimoni, anda mungkin kurang dipercayai. Oleh itu kena mula daripada sekarang.

10. Jangan cepat berputus asa
Ini adalah perkara yang susah sekali untuk semua peniaga yang ingin mulakan bisnes. Andai tiada sales ataupun produk tidak laku, terus putus asa dan tidak mahu menjual. Itu semua adalah teknik yang salah, anda kena selalu bangkit dan keluar daripada masalah dan teruskan menjual seperti biasa. Naik turun bisnes itu perkara biasa. Oleh itu kerap bersemangat dan sentiasa berdoa kepadaNya.

10 Tips Baru Nak Mula Bisnes ini sangat penting untuk orang yang ingin mulakan bisnes perniagaan apa-apa barang serta produk sekalipun. Ibarat itu adalah perkara asas untuk anda terus berjaya dan bangun daripada kurang kewangan.


Jatuh bangun bisnes itu adalah perkara biasa. Tiada lagi bisnes yang terus bangun dan bangun di waktu permulaan kerana kita sering menghadapi banyak masalah diwaktu 5 tahun pertama dan apabila sudah tahu cara nak tangkis masalah. Semuanya akan jadi mudah dan bisnes anda akan menjadi lancar.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content