$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TASKA ~ Belanjawan 2023 ~ MALAYSIA MADANI

SHARE:

 BELANJAWAN 2023 ~ MALAYSIA MADANI Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2023, telah bersetuju menaikkan had kelayakan pendapatan b...

 BELANJAWAN 2023 ~ MALAYSIA MADANI

Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2023, telah bersetuju
menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan
Awam daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 bagi tujuan pemberian subsidi
yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam. Pemberian subsidi yuran
pengasuhan TASKA ini telah dinikmati mulai tahun 2007 dan dasar yang
berkuat kuasa adalah diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 38
Tahun 2013. 

Kelayakan Minima
  • Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
  • Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
  • Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM.

Perlaksanaan Bantuan
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai bagi tujuan
pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam
dinaikkan daripada RM5,000.00 sebulan kepada tidak melebihi RM7,000.00
sebulan.

Kadar subsidi yang layak diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar atau
maksimum RM180.00 sebulan bagi seorang anak. Kadar subsidi ini dibayar terus
kepada pengusaha TASKA oleh agensi di mana pegawai berkhidmat. Sekiranya
yuran tersebut melebihi RM180.00, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai
berkenaan.

Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini layak diberi kepada anak
yang berumur bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA.Bagi tahun kalendar di mana umur anak genap empat (4) tahun, subsidi
yuran pengasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun
kalendar. Sebagai contoh, jika tarikh lahir anak adalah pada 24 Oktober 2019,
maka pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA adalah sehingga
31 Disember 2023.

Pegawai hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber
Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi
Kerajaan di mana pegawai berkhidmat. 

Semua permohonan untuk mendapatkan subsidi hendaklah menggunakan Borang Permohonan Subsidi Yuran PengasuhanTASKA Di Tempat Kerja Sektor Awam seperti di Lampiran A. 

Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi di mana pegawai berkhidmatdengan dikepilkan bersama:
  • salinan penyata gaji pegawai;
  • salinan penyata gaji suami/ isteri. Bagi suami/ isteri yang tidakberkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri,atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan pendapatan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai;
  • salinan Sijil Kelahiran anak; dan
  • salinan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara/dokumen pengesahan anak pelihara mengikut peruntukanundang-undang/ dokumen menunjukkan hubungan dengan anaktiri, mengikut mana yang berkenaan.

. Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA hanya layak diberi kepada
salah seorang pegawai sama ada suami atau isteri bagi setiap seorang anak.

Untuk membaca pekeliling penuh & borang permohonan  :-  👆👆KLIK SINI👆👆

Bagi segala persoalan umum FAQ, sila rujuk lampiran      :-  ðŸ‘†ðŸ‘†KLIK SINI👆👆

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content