Amaran Polis, Jangan Main Bunga Api Selepas Pukul 12 Tengah Malam

SHARE:

Kepada sesiapa yang memiliki bunga api dan mercun, janganlah main selepas pukul 12 tengah malam takut anda akan didenda dan dikenakan tindak...

Kepada sesiapa yang memiliki bunga api dan mercun, janganlah main selepas pukul 12 tengah malam takut anda akan didenda dan dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bunyi daripada bunga api dan mercun itu akan menganggu orang yang berada di sekeliling dan jaraknya mungkin boleh pergi lebih jauh. Kesian kepada yang ada anak kecil dan warga emas di rumah terkejut terdengar seperti tembakan kerana bunga api dan mercun itu terlampau kuat buatnya.

POLIS memberi amaran kepada orang ramai jangan bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin, mereka yang berdegil boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336] yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 atau tindakan lebih tegas.

Tegasnya, bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g

“Bermain bunga api hendaklah membakarnya di kawasan lapang agar tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

“Bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam yang mendatangkan gangguan atau bahaya kepada orang lain juga merupakan satu kesalahan di mana tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].

“Tindakan lebih tegas pula sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berharap setiap anggota masyarakat terutama ibu bapa agar mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan. – Malaysiapost

Sumber : https://malaysiapost.com.my/2023/04/16/amaran-polis-jangan-main-bunga-api-selepas-pukul-12-tengah-malam/

Selain itu, dia akan menganggu ketenteraman orang awam dengan bau asap dengan bunyi bising. Jadi sama-sama kita jaga adap berjiran supaya tiada laporan / report kepada polis dibuat. Kalau tidak naya sahaja kena masuk dalam.

Orang akan main bunga api dengan mercun ini apabila tiba mana-mana waktu perayaan sahaja. Jaranglah jikalau saja-saja nak main bunga api dan mercun ini. Tambahan pula nak tiba Hari Raya Aidilfitri 2023 ini iaitu pada waktu terdekat.

Harap anda patuh arahan yang diberikan supaya anda tidak menjadi mangsa kerana terlampau seronok.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content