Banyak Gerai Di Bazar Ramadhan Presint 3 Putrajaya

SHARE:

Untuk warga sekitar Putrajaya pastinya anda tahu tentang Bazar Ramadhan di Presint 3 kerana terdapat banyak gerai dibuka untuk warga sekitar...

Untuk warga sekitar Putrajaya pastinya anda tahu tentang Bazar Ramadhan di Presint 3 kerana terdapat banyak gerai dibuka untuk warga sekitar untuk membeli juadah berbuka puasa disana.


Nak dijadikan cerita apabila isteri saya mencadangkan bazar ramadhan manakah kita patut pergi untuk mencari sedikit juadah dan lauk pauk untuk berbuka nanti dan akhirnya selepas menkaji di dalam media social seperti Facebook dan Youtube. Isteri saya terjumpa dengan satu tempat yang nampak meriah dan ramai orang iaitu Bazar Ramadhan Presint 3 Putrajaya.


Jarak perjalanan jauh juga daripada kawasan rumah saya ke sana kerana saya bukannya warga Putrajaya dan tetapi rasa ingin mencuba pada bulan puasa tahun ini. Saya dengan keluarga pun bergerak ke sana pada pukul 3 petang dan sampai pada pukul 4 petang.

Yang menariknya ialah pada pukul 4 petang, suasana disana seperti pukul 5 petang kerana sudah ramai orang berpusu-pusu membeli makanan dan juadah berbuka. Saya ingatkan tiada orang pada pukul 4 petang ini, rupanya saya tersilap seperti bazar ramadhan yang lain.


Terdapat pelbagai gerai dan makanan yang sedap-sedap apabila berada disana membuatkan kita rambang mata dan ingin membeli semua kerana disebabkan nafsu. Tapi kita kena faham, tepuk dada tanya iman diri sendiri, beli mana yang mampu nak makan sahajakan.

Cuaca agak panas terik dan bahang disitu, kalau boleh bawa payung kalau ada anak kecik supaya tidak berpeluh sana apabila berada disana.


Lupa pula nak beritahu bahawa kedai iaitu makanan viral lamb shank juga berada disana dan saya telah belinya dengan harga RM57, agak mahal jugalah tapi teringin punya pasal. Hampir penuh tangan apabila berada disitu. Cukup sudah untuk berbuka hari ini.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content