$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Belanjawan 2023: Bantuan Warga Emas (BWE) ~ Malaysia Madani

SHARE:

Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua aka n dinaikkan darip...

Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua aka n dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluiarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan tunai bagi warga emas miskin tegar (warganegara) yang berkelayakan bertujuan untuk memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup

Pengenalan

Bantuan Warga Emas (BWE) bertujuan untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang

Kelayakan
  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    1. Institusi kendalian JKM; atau
    2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Cara memohon:-
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
    2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
    4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Setelah lengkap, pemohon diminta membawa dokumen berserta borang permohonan hadir ke 

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
👆👆👆KLIK SINI👆👆👆~  JKM - FAQ / soalan² lazim dan juga terdapat maklumat Pelbagai Jenis Bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat ~ Skim Bantuan
Senarai dibawah menyatakan beberapa kategori/jenis Skim Bantuan yang diberi perhatian oleh JKM.
Bagi yang ingin mengetahui lebih jelas maklumat berkaitan Bantuan² dibawah, sila layari laman web rasmi JKM.
  1. Bantuan Kanak-kanak
  2. Bantuan Anak Pelihara
  3. Bantuan Warga Emas
  4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
  5. Bantuan Am Persekutuan
  6. Bantuan Am Negeri
  7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  8. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar
  9. Bantuan Latihan Perantis
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang JKM di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Sumber :-  

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content