Berdosa Sebenarnya Meminta-Minta Duit Raya

SHARE:

Ingat ya semua ibubapa kepada anak-anak anda. Jangan sesekali meminta-minta duit raya kepada saudara-mara anda. Nampak seperti tidak berhart...


Ingat ya semua ibubapa kepada anak-anak anda. Jangan sesekali meminta-minta duit raya kepada saudara-mara anda. Nampak seperti tidak berharta kerana meminta-minta kecuali orang disekeliling anda memberikan duit raya kepada anak anak.

Ajar mula daripada sekarang selepas membaca post ini supaya tidak terlampau dan kalau boleh ajar perkara bukan-bukan iaitu "pakcik itu tak bagi duit raya lagi, pergilah mintak" dan anak pun jadi terbiasa atas didikan anda sendiri.
Hari Raya Aidilfitri yang dinantikan-nantikan sudah pun tiba. Antara adat sering dilakukan oleh orang ramai ialah memberi duit raya kepada ibu bapa, sanak saudara dan rakan terdekat.

Adat itu tidak dilupakan dan tetap dilakukan. Bagaimanapun, tanpa kita sedar sebenarnya meminta duit raya itu satu perkara yang berdosa. Hal ini sering kita terlepas pandang dan melakukannya. Ikuti penerangan lanjut di bawah yang dikongsi oleh seorang ustaz di laman Twitter.

Baca juga: 13 Tips Untuk Menantu Lelaki Bila Balik Beraya Rumah Mentua, Baru Menantu Kesayangan!

BERDOSA SEBENARNYA MEMINTA-MINTA DUIT RAYA

‎Minta duit raya sebenarnya dosa. Beri duit raya itu sedekah. Meminta-minta pula dilarang agama.

Kata Nabi: ‎من سأل الناس أموالهم تكثرا فإنما يسأل جمرا

‎Siapa meminta minta untuk menambahkan hartanya, sungguh dia telah meminta bara api. [Riwayat Muslim]

Dalam hadis lain Nabi kata: ‎لا تزال المسألة بأحدكم حتى يلقى الله، وليس في وجهه مزعة لحم

‎Tidaklah seseorang itu meminta-minta sehingga nanti dia bertemu Allah tanpa seketul daging pun berada di wajahnya. [Riwayat Muslim]

‎Duit raya itu sedekah, minta duit raya ertinya meminta?

Imam an-Nawawi kata, ulama sepakat haramnya meminta-minta jika bukan dalam keadaan darurat. Haram juga jika darurat tapi mampu bekerja. Sebahagian ulama kata makruh. [al-Minhaj 7/127]

Kita pula rileks je minta duit raya padahal ianya dosa walaupun adat terbiasa. Wallahua’lam.

Adat ni dimaafkan kalau budak-budak je yang duk minta-minta. Logik lah mereka dalam tanggungan, tak bekerja tak ada kemampuan.

Ini yang dah besar panjang, dah kerja, sihat tubuh badan duk minta-minta duit raya, apa lagi kat strangers online. Tak malu ke?

Lepasni kita cuba ubah. Kita yang dah besar ni kumpul duit lepastu kita bagi kat anak-anak, keluarga dan kaum kerabat terutama yang kita tahu dia orang susah.

Lepastu kita slow-slow pesan kat adik/anak, jangan biasakan minta duit raya. Kalau dapat syukur, tak dapat jangan minta.
Sumber: https://siraplimau.com/berdosa-sebenarnya-meminta-minta-duit-raya/

Duit raya boleh diminta jikalau darurat ataupun anda tidak mampu seperti orang susah dan peminta sedekah tapi itu pun kalau boleh jangan meminta daripada orang. Jadi sebagai ibu bapa yang sudah dewasa harus berfikir tentang apa yang terjadi.


Semoga anda faham apa yang terjadi dan bukannya untuk menakutkan kata minta duit raya itu akan jadi haram tapi terimalah hakikat yang sebenar. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang buruk semua datang daripada saya dan yang baik itu daripadaNya.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content