$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Bulan Puasa Selalu Beli Taufufa Di Bazar Ramadhan

SHARE:

Bulan puasa iaitu bulan ramadhan ini saya selalu beli Taufufa jikalau keluar pergi ke Bazar Ramadhan di mana-mana tempat pun dan pelbagai je...

Bulan puasa iaitu bulan ramadhan ini saya selalu beli Taufufa jikalau keluar pergi ke Bazar Ramadhan di mana-mana tempat pun dan pelbagai jenis Taufufa saya dah rasa.

Taufufa ini ibarat makan soya dan agar-agar rasanya sebab bila makan dengan gula merah akan jadi terasa gian nak lagi dan lagi tanpa berhenti tapi sebab kenyang sahaja saya berhenti makan untuk hari itu sahaja. HAHA!

Hari ini saya beli 3 bekas Taufufa dengan harga RM5 sahaja, kalau tidak sebekas harganya RM2. Jadi daripada situ saya sudah jimat RM1. 1 bekas saya bagi kepada tuan rumah yang saya menyewa ini, sahaja beli lebih untuk bersedekah.

Apabila masuk di dalam mulut selepas petak dalam peti ais bagi sejuk. Memang terasa nyamannya apabila dikeman.

Asal-usul Taufufa

  • Dikenali sebagai Tau Fu Fah @ Taufufah
  • Berasal dari negara China
  • Mula dihasilkan pada zaman Dinasti Wang Barat, kemudian diubahsuai ikut citarasa Malaysia
  • Di China di makan tawar bersama kicap, lada, minyak cili, kekacang atau nasi. Bayangkan anda pergi beli taufufah kat pasar malam kemudian balik makan bersama nasi… heheh. Mesti orang rumah atau mak fikir dah buang tabiat ke apa ni
  • Diperbuat daripada susu soya tawar

Khasiat Taufufa

  • Kaya dengan asid lemak asas, protein, vitamin dan mineral yang memberi tenaga kepada badan
  • Mampu memperbaiki profil lipid kerana ia mengandungi lemak tidak tepu serta bebas kolesterol
  • Menguatkan saluran darah disebabkan wujudnya asid lemak omega-3 dan omega-6 yang melindungi darah daripada kelesian dan pendarahan
  • Membantu mengurangkan berat badan @ menurunkan berat badan dengan syarat diminum dengan kurang atau sebaik-baiknya tanpa pemanis ( sirap )
  • Juga mengandungi fitoestrogen iaitu hormon tumbuh-tumbuhan yang unik untuk mengurangkan risiko kanser prostat dalam kalangan lelaki berusia
  • Pada peringkat menopaus, hormon tumbuhan ini dapat mengurangkan gejala menopaus, risiko serangan jantung, diabetes dan obesiti
  • Mampu meningkatkan penyerapan kalsium yang boleh mencegah kehilangan jisim tulang yang menjadi punca osteoporosis

Siapa disini peminat Taufufa juga? Sila komen dibawah, kita adalah geng!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content