$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Hukum Guna Duit Raya Anak

SHARE:

Hukumnya adalah HARAM, jika kita suka-suka menggunakan duit raya anak-anak tanpa sebab yg munasabah. Jika keadaan terlalu mendesak, kita bo...


Hukumnya adalah HARAM, jika kita suka-suka menggunakan duit raya anak-anak tanpa sebab yg munasabah. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik.

Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut.

Tak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Jangan makan hak anak.

Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa ya, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah dan adil dgn anak2.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.

“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.

Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar.

Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak.

Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.

JADILAH IBU BAPA YANG AMANAH..


Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka dapat. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik.

Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.

CARA MENGURUSKAN DUIT RAYA ANAK YANG BETUL

MULA-MULA ASINGKAN DULU.

Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan setiap seorang, untuk mengelakkan kekeliruan.

SEDIAKAN TABUNG KHAS.

Didik anak dari kecil untuk menyimpan dan sayangkan duit. Elakkan pembaziran dan jangan ajar anak pegang duit sendiri sebelum umurnya matang.

SIMPAN DUIT RAYA DALAM BANK

Buat akaun tabungan untuk anak-anak. Buka banyak akaun dari mana-mana bank pun tak apa. Selain dari duit raya, ibu bapa juga perlu disiplinkan diri untuk menyimpan sedikit duit utk anak utk simpanan untuk mereka meneruskan pembelajaran.

Moga bermanfaat!

Rujuk sini untuk fahamkan dengan lebih detail

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3231-al-kafi-1171-hukum-ibu-bapa-menggunakan-harta-anak-anak

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content