$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Hadis Tangan Di atas Lebih Baik Dari Di Bawah

SHARE:

Pernahkah anda terfikir bahawa memberi lagi baik daripada meminta tetapi zaman sekarang ini ramai orang meminta lebih daripada memberikan? C...

Pernahkah anda terfikir bahawa memberi lagi baik daripada meminta tetapi zaman sekarang ini ramai orang meminta lebih daripada memberikan? Contohnya orang memberikan 5kg beras sahaja tepi orang yang dapat itu meminta lagi lebih seperti minyak, sos, bawang dan sebagainya sebab nak bagi banyak barang di dalam rumah. Itu salah!

Jikalau betul anda sangat tidak mampu sehingga nak makan pun tiada apa nak digoreng dan dimasak, jadi anda boleh berusaha dahulu kemudian baru meminta sebab nasib sesetengah orang ini lain-lain dan tidak sama.

Tangan Di atas Lebih Baik Dari Di bawah

عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ

Daripada Hakim bin Hiram RA dari Nabi SAW berkata: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Tangan yang di atas (memberi) adalah lebih baik daripada tangan di bawah (meminta-minta).
  2. Berusahalah menjadi pemberi berbanding penerima. Orang yang memberi lebih baik dan barakah rezekinya berbanding orang yang menerima.
  3. Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.
  4. Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.
  5. Bagi ketua keluarga, berusahalah mencari rezeki untuk keperluan keluarga dan elakkan diri dari meminta-minta.
  6. Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Sumber : https://people.utm.my/baharinmesir/hadith-tangan-di-atas-lebih-baik-dari-di-bawah/

Sentiasa berusaha menjadi orang yang memberi kerana pahala itu banyak, jikalau tiba-tiba ada orang bagi itu panggil rezeki dan jangan sesekali menagih simpati jikalau anda ada barangan tersebut kerana ada orang lain lagi susah daripada anda.

Semoga hadis ini memberikan pengajaran buat saya dan semua sekali dan faham apa yang hendak disampaikan supaya kita tidak terjerumus daripada meminta sesuatu yang kita sudah ada.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content