Jalan Malam Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

SHARE:

Di malam pada bulan Ramadhan selepas terawih, saya dengan keluarga ada merancang untuk meronda di Kuala Lumpur dan tempat utama yang dituju ...

Di malam pada bulan Ramadhan selepas terawih, saya dengan keluarga ada merancang untuk meronda di Kuala Lumpur dan tempat utama yang dituju ialah Dataran Merdeka. Saja ingin melihat suasana pada bulan puasa ini di Dataran Merdeka macam mana. Ibarat aktiviti riadah pada malam hari juga ini.

Kereta di kawasan tersebut pada jam 11 malam masih sesak dengan penuh kereta merata dan tidak tahu kemanakah arah tujuan mereka. Jalan nak masuk ke Dataran Merdeka juga ditutup di sesetengah tempat kerana mereka ada nak setup untuk event puasa mungkin.

Terdapat juga beberapa gerai menggunakan foodtruck di tepi jalan sekitar jalan Dataran Merdeka, mereka ada jual air, makanan ringan, buahan dan bermacam-macam lagi untuk pengunjung yang berada disitu.

Boleh tahan ramai orang juga walaupun jam menunjukkan pukul 12 malam kerana tempat orang melepak melepaskan stress dan sahaja bawa anak serta keluarga untuk riadah di waktu malam yang agak sejuk daripada siang dengan panas matahari.

Banyak keluarga beriadah dengan menaiki skoter dan juga jalan kaki disana sini sekitar Dataran Merdeka ini, disitu juga anda boleh nampak dekat dengan menara Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sebalik tabir belakang bangunan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Khemah yang dipasang adalah rasanya untuk event Iftar@KL 2023 yang dibuat di Dataran Merdeka iaitu berbuka puasa beramai-ramai di padang tersebut. Event tersebut rasanya pada hujung minggu sahaja kerana khemah baru nak pasang.

Disebabkan anak terlampau mengantuk, kami duduk disitu sehingga pukul 1 pagi sahaja dan pulang ke rumah untuk tidur dan sahur pada awal pagi sebelum Subuh.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content