$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Memupuk Rasa Cukup Dengan Apa Yang Ada Dengan Sifat Qanaah

SHARE:

Di dalam hidup ini kita sentiasa berfikir tentang apa yang orang lain miliki dan apa yang kita miliki tidak sehebat orang itu. Jadi oleh itu...

Di dalam hidup ini kita sentiasa berfikir tentang apa yang orang lain miliki dan apa yang kita miliki tidak sehebat orang itu. Jadi oleh itu kita kena memupuk rasa cukup dengan apa yang ada supaya kita tidak timbul perasaan dengki dan juga iri hati sesama manusia.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada kerana kita masih mampu makan, ada tempat tinggal dan ada kerja untuk dapatkan wang. Sesetengah manusia di dunia ini tidak merasa semua itu dan lagi susah daripada anda yang anda rasa serba kekurangan itu. 

Qanaah itu di hati. Mereka yang bersifat qanaah adalah orang yang mewah dengan nikmat Allah.

Qanaah bermaksud berpuas hati (reda dan bersyukur) dengan rezeki yang diberikan Allah.

Terutamanya yang di luar kemampuan untuk diusahakan atau setelah diusahakan.

Namun jangan salah faham, berpuas hati di sini adalah terhadap rezeki yang ditetapkan, bukanlah menyerah kalah. Orang qanaah ini mereka bersifat optimis, positif dan bersedia untuk berubah.

Kenapa perlu dipupuk sifat ini dalam diri kita? Kerana manusia secara tabiatnya tidak qanaah.

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; (Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut.” (Surah Al-Ma’aarij: ayat 19-21)

Jadi jom melatih diri untuk bersifat qanaah!

  • Hendak kaya jiwa bukanlah mudah. Perlu proses dan jika telah mencapainya, kita akan ‘senang’ sampai bila-bila.
  • Perlu ada ilmu. Fahami hakikat kehidupan dan rezeki. Rezeki akan ada untuk setiap orang yang berusaha. Allah sangat bijak dalam memberi rezeki kepada semua hamba-Nya.
  • Antara amalan yang boleh diamalkan untuk memupuk rasa qanaah dalam diri adalah hadirkan rasa itu dahulu. Jangan membazir atau melampau dalam berbelanja. Jangan terlalu mudah terpengaruh dengan tawaran jualan. Selain daripada itu, perlu sentiasa rendah hati di samping melihat mereka yang lebih susah hidupnya berbanding diri. Belajarlah daripada kisah Nabi, para sahabat dan tabiin.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “ – (Al-Nahl ayat 18)

Kelebihan bersifat qanaah

  • Dicintai Allah. Allah tidak akan mengecewakan orang yang bergantung harap dengan-Nya.
  • Dihormati manusia. Terpelihara kehormatannya kerana tidak meminta-minta malah tidak pula kedekut.
  • Terhindar daripada rasa bimbang dan sedih. Sebab yakin dengan hikmah setiap sesuatu yang berlaku.
  • Hidup dirasakan seronok kerana melihat baik dalam setiap ujian dan pemberian Tuhan.
  • Merasai kemanisan iman dan terhindar daripada dosa. Ini kerana mereka tidak akan sanggup menzalimi orang lain dengan rasuah mahupun sifat tamak dan dengki.

Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah kaya itu dengan memiliki banyak harta. Akan tetapi kaya (sebenar) adalah kekayaan hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Masya-Allah, bertuahnya sesiapa yang memiliki rasa qanaah. Jom berdoa selalu agar dikurniakan sifat ini!

Hakikatnya qanaah diperlukan setiap orang mukmin. Seperti kata Hasan al-Basri; “Kehidupan yang baik itu ialah qanaah.”

Ini bukan tentang kita kaya, miskin, berharta atau tidak, namun lebih kepada memupuk rasa tenang dan bersyukur sebagai hamba-Nya. Moga kita semua memperolehi kaya jiwa! Insya-Allah.

Sumber : https://iluvislam.com/qanaah-merasa-cukup/

Erti kata lain ialah Qanaah adalah sikap rela dan reda menerima serta menjauhkan diri daripada rasa tidak puas atau kurang senang. Namun, harus difahami, Islam tidak menyekat umatnya berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki (harta benda), bahkan menggalakkannya.

Akhir sekali sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang ada walaupun hanya ada 1 sen sahaja kerana rezeki itu milik Allah S.W.T. dan akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Sebab itu di dalam dunia ini ada kaya dan miskin supaya yang kaya boleh bantu kepada yang miskin dan mendapatkan pahala. Yang miskin pula sentiasa bersyukur dengan apa yang ada juga boleh dapat pahala.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content