$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

PLUS Aktifkan Laluan 'SmartLane' Bantu Lancarkan Aliran Trafik Selepas Cuti Raya

SHARE:

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 'SmartLane', iaitu pembukaan sementara lorong kecemasan di laluan-laluan...


KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 'SmartLane', iaitu pembukaan sementara lorong kecemasan di laluan-laluan tertentu yang kritikal di lebuh raya bagi melancarkan aliran trafik berikutan berakhirnya cuti persekolahan dan cuti Hari Pekerja antara 29 April dan 1 Mei ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata SmartLane diaktifkan di dua laluan di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara iaitu antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban antara KM260.0 hingga KM263.1 (Arah Utara) dan Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai antara KM19.0 hingga KM27.0 (Arah Utara) sepanjang cuti perayaan ini.

Beliau berkata, pelaksanaan SmartLane di dua laluan di wilayah selatan itu menerima maklum balas yang positif dan disambut baik oleh pengguna lebuh raya kerana inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kesesakan.

"Ketika laluan 'SmartLane' ini diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara sebagai langkah untuk menambah kapasiti laluan terbabit sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan mereka.


"Bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali menggunakan bahu jalan/laluan kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan 'SmartLane' diaktifkan," katanya dalam kenyataan hari ini

Selain itu, Zakaria berkata PLUS juga mengenal pasti lokasi lain bagi pengaktifan laluan SmartLane ini iaitu laluan Gua Tempurung - Gopeng antara KM306.7 hingga KM297.0 (Arah Utara), Slim River - Sungkai antara KM367.3 hingga KM354.1 (Arah Utara) dan Rawang - Sungai Buaya antara KM439.9 – KM435.5 (Arah Utara).

Bagaimanapun, pengaktifan laluan SmartLane di lokasi-lokasi tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak berkuasa pada waktu dan tempoh tertentu sebelum ia dilaksanakan.

"Pengguna lebuh raya boleh mengenal pasti laluan 'SmartLane' melalui papan tanda laluan 'SmartLane' serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit atau merujuk laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik," katanya.

SmartLane dilaksanakan PLUS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1094443/plus-aktifkan-laluan-smartlane-bantu-lancarkan-aliran-trafik-selepas

Apabila SmartLane ini diaktifkan, anda boleh gunakan laluan kecemasan untuk ke lokasi seterusnya mengikut kilometer yang disediakan oleh pihak lebuhraya untuk melancarkan trafik. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Jangan sesuka hati lalu lorong kecemasan jikalau SmartLane tidak diaktifkan. Anda boleh kena saman.

Sebagai pengguna lebuhraya di Malaysia ini, anda kena tahu apa yang perlu dan apa yang tidak dan jangan sesuka hati bertindak mengikut perasaan seperti block jalan yang dibuka untuk SmartLane dan juga lalu laluan kecemasan tetapi SmartLane tidak diaktifkan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content