Tahukah Anda, Apa Itu SmartLane?

SHARE:

Cerita hari ini nak ceritakan apakah itu SmartLane dan ramai masih tidak tahu kerana mungkin ini perkara baru juga bagi sesetengah pemandu k...

Cerita hari ini nak ceritakan apakah itu SmartLane dan ramai masih tidak tahu kerana mungkin ini perkara baru juga bagi sesetengah pemandu kerana jarang melihat situasi sebegini.

Dibawah ini Plus Malaysia Berhad ada menerangkan di dalam Twitter rasmi mereka berkenaan perkara ini. Semoga semua baca sampai habis.

Tahukah anda, apa itu Smartlane? Kalau yang masih belum tau, jom PUTRI terangkan:

Smartlane adalah pengaktifan Lorong paling kiri di lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal di lebuh raya. Inisiatif tersebut juga bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan terbabit dan dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.

Haa, kalau anda nak tau, Smartlane hanya akan diaktifkan ketika waktu-waktu puncak di lokasi-lokasi tertentu, ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, musim perayaan di lokasi-lokasi tertentu dan sewaktu berlakunya kejadian hal-hal luar jangka. Walau bagaimanapun, pengaktifan laluan SmartLane tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum ia dilaksanakan.

Pengguna lebuh raya boleh mengenalpasti penggunaan laluan ‘Smartlane’ ini melalui papan tanda laluan ‘Smartlane’ serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit.

Komunikasi dan hebahan kepada pengguna lebuh raya juga akan dikongsi melalui Aplikasi PLUS, twitter @plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lebuh raya serta menerusi Chatbot PUTRI.

Pengguna lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan yang lebih baik.

Marilah berinteraksi dengan PUTRI dan merubah cara berinteraksi antara satu sama lain dan anda dapat menjimatkan masa untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk, kemudahan dan perkhidmatan PLUS tanpa perlu menunggu di talian PLUSLINE…

#KementerianKerjaRayaMalaysia #LembagaLebuhrayaMalaysia #PSKLM #PLUSMalaysia #PLUS #JomRFID #PLUS_Comfort #PLUS_Safety #PLUS_RFID #PUTRICHATBOT

@MOWorks
@LLMrasmi
@astrotraffic
Sumber : https://twitter.com/plus2u/status/1648613625777778688

Kalau anda sudah faham apa itu dimaksudkan dengan SmartLane, sila juga patuhi arahan yang disediakan mengikut kilometer yang dibenarkan sahaja. Jikalau lebih daripada kilometer mungkin anda akan disaman.


Ada juga video viral bahawa pemandu lori tidak tahu aktifkannya SmartLane dan ingin sekat kereta tersebut. Perkara itu sangat bagus dan mula tetapi sebagai pengguna jalanraya kita kena tahu apa yang terjadi dan perlu serta tidak perlu. Jadi pengguna yang berhemah dan jangan ikut kata hati.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content