Apa Itu Pishing Daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN)

SHARE:

Pishing dalam bahasa ringkatnya ialah memancing data anda untuk keperluan mereka iaitu scammer / penipu untuk terus masuk akses ke dalam aka...


Pishing dalam bahasa ringkatnya ialah memancing data anda untuk keperluan mereka iaitu scammer / penipu untuk terus masuk akses ke dalam akaun bank dan sebagainya yang melibatkan data peribadi yang privasi tanpa anda sedar atau perasan.

Dibawah ini ada sedikit penerangan daripad Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan Pishing ini untuk anda baca dan fahamkan.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA NO. 8 : KESELAMATAN RAKYAT (JENAYAH SIBER)


Phishing adalah satu kaedah penipuan bagi mendapatkan maklumat peribadi seperti perbankan orang lain melalui laman web palsu yang menyerupai laman web asal.

Kebanyakan mangsa phishing ini akan menerima SMS atau e-mel bersama pautan (link) ke laman web palsu bank atau syarikat. Helah yang digunakan oleh penipu atau scammer ini adalah bagi menakutkan mangsa dan menggertak mereka ataupun membuat mereka teruja. Apabila mangsa mulai merasa gusar dan takut atau teruja serta tamak, maka langkah pertama scammer telah berjaya. Scammer akan memaklumkan bahawa mangsa perlu mengemaskini akaun bank, mangsa perlu mengisi maklumat perbankan untuk tujuan siasatan, mangsa dimaklumkan memenangi hadiah atau mendapat bantuan kewangan dan mangsa dikehendaki memuat turun aplikasi (fail APK) bagi membuat pembayaran dengan tujuan mendapatkan perkhidmatan atau pembelian barang melalui talian online. Mangsa yang tidak sedar mereka sedang ditipu kemudiannya akan memasukkan ID pengguna dan kata laluan pada laman web palsu tersebut. Tanpa disedari, mereka telah mendedahkan maklumat perbankan internet kepada scammer.

Trend semasa phishing di antaranya pertama : kemaskini akaun bank di mana mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pihak bank dan meminta nombor TAC, kedua : memenangi hadiah atau mendapat bantuan kewangan iaitu mangsa akan mendapat sms atau emel dan diminta memasukkan nombor pin akaun e-wallet dan ketiga : aplikasi telefon (app scam) di mana mangsa yang hendak mendapatkan sesuatu pekhidmatan atau membeli barang melalui online akan diminta memuat turun aplikasi File APK dan memasuki laman web perbankan palsu serta mendedahkan maklumat akaun bank atau kad kredit di dalam laman web palsu tersebut.

Orang ramai diminta berwaspada dan elak ditipu dengan tidak menekan pautan (link) yang diterima dari nombor atau emel yang tidak dikenali, memastikan alamat laman web perbankan adalah betul, bookmark alamat laman web perbankan pada browser internet dan pastikan frasa / gambar keselamatan adalah betul sebelum memasukkan kata laluan.
Sumber : https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/04/28/apa-itu-phishing/


Majoriti yang terkena pishing ini anda memang tidak tahu atau perasaan bahawa akaun anda sudah digodam oleh pihak ketiga kerana mereka akan tawarkan perkara yang pelik-pelik serta tidak masuk akal seperti sila login dalam website bank sama sebiji yang menyebabkan anda sangkakan itu website sebenar serta memberikan aplikasi buat duit tetapi sebenarnya itu adalah penipu dan hanya nak kumpul data anda sahaja.

Jadi jangan sewenang-wenangkan memberikan data peribadi anda kepada sesiapa sahaja kecuali yang betul-betul trusted dan sudah kenal lama. Ini baru sehari whatsapp / msg kepada anda, terus follow arahan yang diberikan tanpa sesiasatan yang tepat dan betul.

Oleh itu sila selalu berhati-hati dimana sahaja anda berada terutamanya zaman sekarang zaman teknologi, banyak orang suka ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain untuk kepentingan diri terutamnya scammer / penipu ini kerana mereka tiada kerja lain.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content