Beli Telefon Baru Honor Magic 5 Pro Ganti iPhone 14 Pro Max

SHARE:

Beberapa hari yang lepas saya telah membeli Honor Magic 5 Pro di Honor Center di Queensbay Mall Pulau Pinang kerana sahaja sehingga beraya d...


Beberapa hari yang lepas saya telah membeli Honor Magic 5 Pro di Honor Center di Queensbay Mall Pulau Pinang kerana sahaja sehingga beraya disitu dan hendak jalan-jalan bersama keluarga tercinta serta bawa orang tua iaitu mama dan abah sekali.

Pada mulanya sampai di Pulau Pinang saya makan Roti Canai Transfer Road dahulu kemudian melihat tempat main masa kecil kerana saya pada mulanya hidup di dunia ini tinggal di Pulau Pinang kemudian baru pergi merata di negeri lain.

Selepas itu saya singgah ke Queensbay Mall Pulau Pinang dan terfikir nak tukar telefon iPhone 14  Pro Max 256GB saya ini kepada telefon Android dan terfikir berminat hendak beli Honor Magic 5 Pro dan kemudian terus beli tanpa fikir banyak.

Jom saya ceritakan serba sedikit mengikut Harga dan Spesifikasi Honor Magic 5 Pro ini supaya anda juga turut teruja. HAHA!

Harga Honor Magic 5 Pro

Harga ini diambil daripada laman website rasmi Honor

Honor Magic 5 Pro (RAM 12GB + storan 512GB) – RM4,299

Spesifikasi Honor Magic 5 Pro

Telefon terhebat ini dikuasakan SoC Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5X sebanyak 12GB dan storan UFS 4.0 seluas 512GB.


Di bahagian depan, telefon ini ada panel paparan OLED LTPO 6.81-inci melengkung, beresolusi 1312 x 2848 (QHD+) dengan kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin. Sistem bunyi stereo dengan sokongan teknologi DTS:X Ultra turut disertakan.

Gandingan tri kamera 50MP terdapat di belakang telefon ini. Ia adalah kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 50MP dengan keupayaan zum sehingga 100x. Lubang di sudut atas skrin pula memuatkan kamera hadapan 12MP. Buat masa ini, Honor Magic 5 Pro menduduki takhta pertama ujian kamera DXOMark.


Tenaga telefon ini disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,100mAh. Ia menyokong pengecasan pantas SuperCharge 66W USB-C dan Wireless SuperCharge 50W. Selain itu, telefon ini kalis air dan debu IP68.

Sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 digunakan di dalam Honor Magic 5 Pro. Honor turut menjamin untuk memberi 3 tahun kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan.


Terdapat dua warna disediakan, antara hijau dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor Magic 5 Pro.


Pada masa sekarang ini hasil ujian DXOMark menunjuk Honor Magic 5 Pro ditangga yang kedua dan kalah kepada produk telefon baru daripada Oppo iaitu Oppo Find X6 Pro yang sudah keluar di luar negara dan masih belum masuk Malaysia.

Itu semua bukan jadi masalah kerana telefon Honor ini juga mantap kerana anak kepada Huawei. Telefon yang paling mahal saya pernah beli sebelum ini ialah telefon Huawei yang masih ada Google Playstore dan handphone itu masih bertahan sehingga kini dan berikan anak main. HAHA!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content