Helah Scammer Meminta Nombor TAC

SHARE:

TAC merupakan singkatan atau akronim bagi Transaction Authorisaztion Code. TAC adalah wajib untuk transaksi tertentu kerana ia menyediakan l...


TAC merupakan singkatan atau akronim bagi Transaction Authorisaztion Code. TAC adalah wajib untuk transaksi tertentu kerana ia menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi anda daripada akses tanpa kebenaran kepada akaun anda.

Kod Kebenaran Transaksi (TAC) ialah nombor enam digit yang dihantar kepada pengguna bagi mengesahkan transaksi yang ingin digunakan. Ia bagi melindungi akaun pengguna daripada penggunaan yang tidak dibenarkan.

Anda diminta untuk selalu berhati-hati dan jangan berikan apa-apa nombor TAC kepada nombor yang tidak dikenali dan jangan juga berikan TAC kepada sesiapa sahaja termasuk keluarga, kawan dan sebagainya sebagai langkah berjaga-jaga.

Tidak kiralah TAC itu untuk masuk ke dalam akaun bank, ewallet ataupun mana-mana aplikasi yang mengandungi duit atau sebagainya untuk elak anda daripada kena tipu oleh Scammer.

Antara individu yang sering jadi sasaran sindiket ialah mereka yang selalu membeli-belah dalam talian / online kerana mereka mesti mempunyai akaun bank.

TIPS & NASIHAT

  • Jangan kongsi nombor keselematan bank / nombor TAC dengan sesiapa
  • Abaikan SMS/ WhatsApp / Telegram daripada orang yang tidak dikenali
  • Hubungi segera pihak bank untuk menyekat perbankan internet jika ada aktiviti mencurigakan melibatkan akaun.
Bukan setakat perbankan sahaja, malahan perkara lain juga perlu dititik beratkan seperti ewallet atau aplikasi lain yang menyimpan duit ada di dalamnnya.

MODUS OPERANDI
  1. Mangsa terima nombor TAC melalui SMS meskipun tidak melakukan transaksi perbankan
  2. Scammer menghubungi mangsa melalui panggilan/SMS/ WhatsApp/Telegram/lain-lain memaklumkan kononnya tersilap nombor telefon semasa melakukan transaksi akaunya.
  3. Scammer meminta mangsa beri nombor TAC dengan alasan mahu memperbetul butiran transaksi / dapatkan kembali wang.
  4. Pelbagai alasan digunakan kononnya scammer terdesak untuk dapatkan nombor TAC itu.
  5. Selepas mangsa beri nombor TAC, scammer berjaya keluarkan wang dari akaun mangsa.

Mereka akan cuba menipu dengan mengatakan tersilap hantar nombor TAC sebab daftar nombor anda di dalam akaun bank mereka dan sebagainya seperti aplikasi lain. INGAT! ITU SEMUA PENIPU!

Semoga anda semua dijauhkan daripada tipu helah scammer yang makin berleluasa di Malaysia sekarang ini. Mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk dapat masuk ke dalam akaun bank anda. Jadi sila berhati-hati sentiasa.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content