Tayangan Perdana Anwar, The Untold Story Malam Ini

SHARE:

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan menghadiri tayanga...


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan menghadiri tayangan perdana filem biopik, Anwar, The Untold Story di Pavilion Kuala Lumpur, malam ini.

Tayangan perdana filem yang memaparkan liku perjuangan tokoh politik itu bakal dihadiri 250 tetamu kehormat lain termasuk menteri, penggiat industri kreatif, selebriti tanah air serta wakil media dari luar negara.

Antaranya termasuk Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pengasas dan Pengerusi DMY Creation selaku pengedar filem, Datuk Mohamed Yusoff; penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam; penyanyi merangkap komposer, Datuk M Nasir; serta penulis lirik; Datuk Habsah Hassan.

Penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula bakal menyampaikan lagu runut bunyi filem itu berjudul Menjaga Cintamu nukilan Andi Rianto dan liriknya hasil sentuhan Sekar Ayu Asmara.

Filem arahan sutradara Indonesia, Viva Westi ini menggandingkan pelakon, Farid Kamil Zahari yang menggalas watak Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Dr Wan Azizah.

Selain Malaysia sebagai lokasi utama, filem Anwar, The Untold Story yang membabitkan kos sebanyak RM10 juta menjalani penggambaran di Indonesia.

Berlatarkan tempoh antara tahun 1993 dan 1998, filem biopik dinantikan ramai itu merungkai perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Diterbitkan Yusrych Global dengan Zukiflee Anwar Haque atau Zunar sebagai penerbit eksekutif, naskhah ini juga mengangkat perjuangan figura dihormati itu menentang gejala rasuah.

Filem Anwar, The Untold Story yang diusahakan pembikinannya sejak 2011 akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 18 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2023/05/08/tayangan-perdana-anwar-the-untold-story-malam-ini/

Perdana Menteri pun filem yang bakal ditayangkan pada malam ini. Rasanya memang gempak dan pastikan nanti anda juga melihat termasuk saya juga. Saya cuma nak tahu jalan ceritanya macam mana sahaja.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content