$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Ibu 6 Anak ‘Ketagih’ Main PUBG Akhirnya Jadi Janda

SHARE:

PETALING JAYA – Gara-gara ketagih bermain permainan video dalam talian, Player Unknown’s Battlegrounds atau PUBG, ibu kepada enam anak itu a...


PETALING JAYA – Gara-gara ketagih bermain permainan video dalam talian, Player Unknown’s Battlegrounds atau PUBG, ibu kepada enam anak itu akhirnya diceraikan oleh suaminya.

Kisah tersebut diceritakan semula oleh adik kepada wanita tersebut menerusi satu tangkap layar kiriman mesej yang tular di Twitter baru-baru ini.


Katanya, setiap hari hidup kakaknya dihabiskan untuk bermainan PUBG selain gemar membuat penstriman langsung bagi meraih ‘hadiah’ daripada pengikut serta penonton sehinggakan tidak mempedulikan keadaan rumah termasuklah keperluan suami dan anak-anak.

“Jadi dekat kakak aku sendiri sampai cerai-berai. Kakak aku itu dah ada enam anak, kahwin awal. Terjebak dengan PUBG masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), sejak itu dia terus gila game (permainan video),” kongsi individu tanpa nama itu.

Katanya lagi, perniagaan kakaknya juga sudah tidak berjaya kerana terlalu fokus bermain permainan video dalam talian itu.

“Bisnes hancur, kereta mewah pun digadai sebab fokus hanya pada game, memang betul-betul melalaikan sampai anak-anak dia pun mak ayah (ibu bapa) aku yang jaga sebab terlalu terabai.


“Bila orang tegur dia kata hanya content (bahan video), nak cari duit. Kalau buat live di TikTok selalu dapat ‘gift’. Suami tegur pun jadi gaduh, bergelut depan anak-anak sampai mereka trauma. Sekarang dah bercerai.

“Anak-anak mereka mak ayah aku yang jagakan sekarang. Cuma aku selalu doa kakak aku berubah dan sekarang macam kurang sikit game dia, dah ingat anak-anak, tak teruk macam dulu,” katanya.

Individu itu sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak terlalu taksub bermainan permainan video sehingga mengabaikan tanggungjawan diri. – KOSMO! ONLINE


Surirumah atau isteri nak main Player Unknown’s Battlegrounds atau PUBG boleh sahaja tapi jadi abaikan apa yang perlu kerana main games tersebut bukan boleh duit dan buang masa sahaja lainlah anda seorang kaki streaming ataupun perkara yang boleh dapatkan hasil kepada keluarga.

Dibawah ini adalah balasan daripada Twitter tersebut oleh warga netizen maya.


Oleh itu jangan buang masa begitu sahaja, cari benda berfaedah dan menjana income pendapatan untuk sama-sama merasai susah dan senang dikala duit di bank kering dan di dompet kosong. Tambahan pula, masak nasi tengahari juga tidak tersedia dan juga rumah bersepah-sepah dengan suami penat balik kerja.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content