$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Seorang Inspektor, 5 Anggota IPD Jerantut Ditahan SPRM

SHARE:

Antara anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan melibatkan kes rasuah di Mahkamah Temerloh hari ini. TEMERLOH – Suruhanjaya Pencega...

Antara anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan melibatkan kes rasuah di Mahkamah Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima anggota polis dan seorang pegawai berpangkat inspektor kerana disyaki menerima rasuah bernilai RM5,000.

Suspek yang berumur antara 29 hingga 46 tahun itu ditahan ketika memberikan keterangan di pejabat SPRM Temerloh di sini petang semalam.

Difahamkan dalam kejadian Rabu lalu enam suspek daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Jerantut itu dikatakan meminta wang sebanyak RM5,000 bagi menyelesaikan kes serbuan melibatkan air ketum di sebuah rumah di Jerantut.

Pendaftar Mahkamah Temerloh Mohamed Shah Reza Noor Azman memerintahkan tahanan reman selama enam hari ke atas kesemua suspek.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2023/05/06/seorang-inspektor-5-anggota-ipd-jerantut-ditahan-sprm/

Rasuah ini adalah musuh utama negara kerana apabila kita di dalam keadaan terdesak dan memerlukan duit, pelbagai jenis dan cara kita akan lakukan supaya dapat duit tersebut melalui cara halal ataupun haram.

Kemungkinan 5 Anggota IPD Jerantut ini tersalah langkah dan terhasut daripada hasutan kawan-kawan atau sebagainya kerana rambang mata diberikan duit nilai sebanyak RM5000 dan kemungkinan seorang RM1000 untuk tutup kes yang dinyatakan.

Kita kena kuatkan diri dan jauhi serta perangilah rasuah, sesusah manapun kita dan seteruk mana pun kita cari sumber rezeki yang halal dan jikalau kerja hakiki kita tidak mampu untuk perbelanjaan keluarga. Carilah medium alternatif seperti berniaga dan sebagainya.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content