Insurans Cermin Kereta Tidak Akan Hilangkan NCD

SHARE:

Mesti ramai tidak tahukan tentang jikalau cermin kereta kita pecah boleh claim ke dalam insurans yang kita langgan secara tahunan tersebut. ...


Mesti ramai tidak tahukan tentang jikalau cermin kereta kita pecah boleh claim ke dalam insurans yang kita langgan secara tahunan tersebut. Ya, memang boleh claim jikalau anda langgan sekali untuk tambahan / addons cermin.

Sangatlah rugi jikalau anda tidak gunakan claim cermin tersebut jikalau berlaku apa-apa terhadap cermin anda itu kerana kita boleh claim setahun sekali dan tidak akan kacau No Claim Discount (NCD) kepada kereta kita menyebabkan harga insurans menjadi lagi mahal.

Jom kita baca sedikit berkaitan ilmu yang beguna ini dibawah
MASIH RAMAI TAK TAHU...
  1. NCD takkan jadi 0 kalau claim insurans cermin, itupun jika anda ada tambah untuk cover cermin keretalah.
  2. Insurans cermin cover untuk semua cermin kereta anda. Tidak terhad hanya untuk cermin depan sahaja.
Workshop yang repair cermin sisi kereta Axia wife Aku semalam nasihatkan Aku jangan buat claim dari insurance kereta sebab nilainya hanya RM170.

Rugi katanya sedangkan cover cermin kereta Aku adalah RM600.
 
Aku pun beritahulah kat pomen tu, kalau tak claim Aku juga yang rugi sebab hujung bulan ni tetap kena renew semula insurans dan roadtax kereta ni.

Buat apa nak bayar guna duit poket sendiri, dah ada insurans, guna ajelah. Setiap kali masa Aku renew insurans dan roadtax, Aku akan pastikan untuk cover sekali dengan cermin.
 
Bagi Axia, Aku cuma perlu tambah RM90 sahaja untuk dapatkan "coverage" atas cermin kereta sebanyak RM600.
 
Biasanya cermin depanlah yang selalu retak atau pecah sebab terkena batu yang terpelanting di atas jalanraya.

Semalam ada yang tanya Aku pasal coverage untuk cermin ni. Ada benda penting yang Aku nak pesan buat semua pembaca yang beragama islam.

Bila kita beli insurance dan renew semula roadtax kereta, pastikanlah kita beli Takaful dan BUKAN langgan insurance konvensional.

Jauhi insurans konvensional. Pilihlah takaful

Jangan disebabkan rebat dan diskaun, kita pilih insurans konvensional sebab ia murah. Jauhilah dosa besar riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya…
Ingat...

Muslim, ikut mana pun wajib mencari yang halal. Sebab mencari yang halal itu adalah fardhu bagi orang islam.


Jadilah pengguna yang bijak kerana kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku kepada kita apabila bawa kereta, kadangkala batu punya besar hempap cermin kita terutamanya kepada lori yang bawa pasir, batu serta benda yang senang tercicir daripada lori. Itu amat risiko buat kita ketika dijalan raya.

Kereta yang saya guna sekarang pernah tukar cermin tersebut beberapa tahun yang lepas disebabkan kes terkena batu oleh lori dijalan raya ternampak kesan lekuk dan tidaklah pecah retak seribu pun boleh tukar dengan claim insurans.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content