PM Lancar Proton X90 Dijual Bermula RM123,800

SHARE:

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional Proton melancarkan secara rasmi model siri X ketiga, X90 yang merupakan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV...


KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional Proton melancarkan secara rasmi model siri X ketiga, X90 yang merupakan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pada harga bermula RM123,800.

Kenderaan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun ke-40 penubuhan Proton di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Dalam ucapannya, Anwar berbangga dengan pencapaian Proton sehingga kini dan menzahirkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melancarkan produk pertama Proton pada tahun 1985.

“Dengan perjalanan Proton selama 40 tahun, Kerajaan Perpaduan ingin mengucapkan terima kasih kepada mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai sumbangan dan peranan yang tinggi.

“Saya juga terkenang bekas Pengerusi DRB-HICOM, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad yang menunjukkan keghairahan luar biasa untuk menjayakan Proton,” katanya ketika berucap.

Turut menyertai majlis itu ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz; Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Sementara itu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal berkata, sambutan ulang tahun ke-40 itu merupakan detik penting bagi Proton dan merupakan peluang bagi syarikat untuk mengimbas kembali secara ringkas perjalanan selama ini sambil memandang ke masa depan sepanjang empat dekad yang lalu.

“Sumbangan Proton boleh diukur bukan sahaja dengan jumlah jualan yang dicapai, tetapi juga dengan bilangan jurutera dan profesional yang mengambil bahagian, peluang pekerjaan yang disediakan, tambahan nilai kepada ekosistem dalam bentuk pembelian barangan tempatan, dan peningkatan keseluruhan terhadap ekonomi negara hasil aktiviti perniagaan kami

“Melangkah ke hadapan, misi kami untuk menyediakan penyelesaian mobiliti kepada pelanggan sambil membantu membangunkan industri automotif negara tidak berubah, tetapi kami akan meneroka segmen baharu yang sejajar dengan aspirasi kerajaan dan perubahan permintaan pengguna apabila pembeli mula beralih kepada NEV.

“Proton X90 adalah langkah pertama kami ke arah melaksanakan strategi baharu ini dan terdapat banyak lagi produk dalam perancangan kerana Proton ingin meningkatkan kehadiran kami dalam segmen pasaran baharu yang menarik ini,” katanya. – UTUSAN

Sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/pm-lancar-x90-dijual-bermula-rm123800/


Proton sudah ada 3 jenis SUV iaitu Proton X50, X70 dan akhirnya X90 juga dilancarkan membuat Proton akan pergi lebih maju lagi dengan adanya kerana ada 7 seater membuatkan kereta pilihan ramai untuk yang ada keluarga besar.

Tapi boleh tahan juga harganya kerana setaraf sedikit dengan kereta yang luar negara kerana lebih daripada RM100 ribu dan membuatkan rakyat marhaen seperti saya hanya lihat dan baca saja berita yang dikeluarkan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content