Makan Petang Di Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru

SHARE:

Rasanya pernah viral banyak kali tentang sebuah kedai makan nama Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lu...


Rasanya pernah viral banyak kali tentang sebuah kedai makan nama Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dekat sekali dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre - KLCC).


Ini adalah merupakan salah satu kedai daya tarikan yang paling terkenal juga di Kuala Lumpur ini dan apabila anda sudah sampai disini jangan lupa untuk singgah ke Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru mengikut detail alamat dibawah.
Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru 
8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
011-6336 1963
Hari ini adalah Cuti Peristiwa Hari Wesak dan saya tidak bekerja, oleh itu saya bawa semua keluarga saya untuk makan terus di luar dan akhirnya sekali terfikir hendak makan di Kuala Lumpur dan terjumpa semula dengan Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru.


Banyak menu tersedia disini dan asasnya ialah Nasi Lemak dan ditambah pula dengan Sambal yang tidak begitu pedas dan sangat sesuai untuk kanak-kanak juga makan. Ada juga air jus yang telah diblend untuk anda pesan sekali dengan makanan.


Sangat rambang mata kalau hendak pilih menu dengan adanya ayam, tempe, telur goreng, kerang, sotong, limpa dan pelbagai jenis lagi yang tersedia. Kalau anda kuat makan mesti kena letak nasi tambah dan 3 lauk sekali. Baru sedap sampai terangkat.

Total menu saya makan tadi bersama air ialah dalam RM55 kerana air 3 gelas dan juga nasi lemak tambah dengan lauk tambahan 3 jenis juga. Jadi oklah harga sebegitu. Kalau tempat lain kena juga dekat seratus macam saya pernah makan nasi kandar.

 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content