Permohonan Tidak Lengkap Untuk Darjah 1 Tahun 2024

SHARE:

Pagi tadi selepas hantar anak ke sekolah tadika, isteri saya pergi ke sekolah yang hendak dipohon untuk masuk Darjah 1 Tahun 2024 pada tahun...

Pagi tadi selepas hantar anak ke sekolah tadika, isteri saya pergi ke sekolah yang hendak dipohon untuk masuk Darjah 1 Tahun 2024 pada tahun depan. Saya telah menyediakan semuanya sekali tetapi malangnya ingat sudah selesai tetapi belum kerana beberapa perkarah dibawah ini

Duduk Rumah Sewa Dan Bukan Rumah Sendiri

Saya perlukan dokumen perjanjian rumah sewa untuk berikan kepada sekolah kerana Bil Utiliti Terkini (Bil TNB / Air / Telefon) penama tuan rumah dan bukannya anda sendiri. Jadi kena bawa siap-siap sebelum terjadi seperti saya ini kerana baru anak sulung nak daftar sekolah kan.

Sampul Surat Saiz A4 Berserta Setem RM1.50

Perkara ini tidak dinyatakan di dalam senarai semak dan kami yang baru pertama kali nak daftar anak sulung mana nak tahu perlu bawa benda sebegini. Sepatutnya dalam senarai semak kena listkan dah baru kita tidak tertinggal.

Oleh itu, pastikan kepada yang membaca post ini membuat kerja sekali sahaja dan jadi macam saya kerja dua tiga kali kerana tiada di dalam list website https://idme.moe.gov.my/ dan https://moeisind.moe.gov.my/

Kadang kala perkara sebegini perlu diberitahu juga di dalam surat senarai semak supaya kita tercicir takut perkara-perkara sebegini berlaku ataupun sudah ada dan saya yang tidak baca. Pening juga disebabkan perlu ada benda tambahan nak kena dicari.

Sebagai ibu bapa hanya ikut sahaja kerana janji anak dapat bersekolah dekat dengan rumah kita kan. Memang banyak ragam oleh kerani sekolah tetapi kita malas nak bising dan ikut sahaja senarai tambahan yang diberikan dan akan kembali pada isnin hadapan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content