Apakah Hukum Menjirus Air Mawar Ke Atas Kubur?

SHARE:

SOALAN Apakah hukum menjirus air mawar ke atas kubur? JAWAPAN Memang pada asalnya yan wajib hanya dikebumikan sahaja tanpa menjirus sebarang...


SOALAN

Apakah hukum menjirus air mawar ke atas kubur?


JAWAPAN

Memang pada asalnya yan wajib hanya dikebumikan sahaja tanpa menjirus sebarang air. Walaupun begitu bila melihat kepada sejarah salafus soleh termasuk Baginda SAW sendiri, maka masalah ini telah dibahaskan oleh ulama secara panjang lebar. Ada riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menyiram air atas kubur anakandanya Ibrahim. Lihat Musnad Imam al-Syafie (1/215).

Secara umumnya, ramai ulama Syafie berpendapat hukumnya harus bahkan ada pendapat menyatakan sunat kerana perbuatan Rasulullah SAW itu. Tetapi penggunaan air mawar pula dianggap sebagai makruh kerana dengan sebab pembelian dan pembaziran.

Kami nukilkan daripada kitab I’anah al-Talibin (2/135-136). Antara lain menyebut: “Dan (disunatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Nabi SAW melakukan sedemikian pada kubur anakanda Baginda SAW, Saidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Syafie dan juga pada kubur Saad bin Muaz sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah. Dan Nabi SAW telah memerintahkan dengannya (iaitu dengan menjirus air) pada kubur Saidina Uthman bin Mazh’un sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi. Dan yang mustahab adalah air tersebut suci lagi menyucikan dan sejuk (air mutlak) sebagai tafa’ul mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati. Dan makruh menyiram atau menjirus air dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta.

Justeru, bagi mereka yang ingin melakukan dibolehkan dan lebih penting daripada itu adalah untuk berdoa kepada si mati kerana sabit dalam nas yang sahih.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

06 Zulkaedah 1436H bersamaan 21 Ogos 2015

Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1920-irsyad-fatwa-ke-78-hukum-menjirus-air-mawar-ke-atas-kubur

Semoga apa ilmu yang disampaikan ini kita dapat fahami dengan sebetul-betulnya supaya tidak terserong daripada ajaran yang lain kerana dunia sekarang ini semua dihujung jari sahaja. Masuk terus ke dalam website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuaan dan disitu terdapat banyak persoalan yang telah ditanya yang bermain diminda kita.



COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content