HANTU! @ Ghost Museum Penang: Muzium Seram & Unik Yang Wajib Anda Cuba Ya Hahaha!

SHARE:

Ghost Museum Penang: Muzium Seram & Unik Yang Wajib Anda Cuba via @Tripadvi Kalau bercakap tentang George Town, Penang, ramai yang teru...

Ghost Museum Penang: Muzium Seram & Unik Yang Wajib Anda Cuba

Kalau bercakap tentang George Town, Penang, ramai yang terus terbayang jalan-jalan warisan yang penuh sejarah, bangunan kolonial dan seni jalanan yang colourful. Tapi kadang-kadang, kita perlukan sesuatu yang lain daripada biasa iaitu pengalaman yang luar dari norma. Di sinilah Ghost Museum Penang muncul sebagai port unik yang patut dicuba, terutama kalau kalian kaki seram atau suka benda-benda pelik dan supernatural.


Lokasi Strategik di George Town

Ghost Museum terletak di Lebuh Melayu (Malay Street), hujung selatan kawasan heritage George Town. Lokasinya mudah dicapai dengan berjalan kaki dari pusat bandar atau kalian boleh naik Grab, dan pemandu akan hantar terus depan pintu.


Waktu Operasi & Harga Tiket

Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Harga tiket berbeza untuk pemegang MyKad dan bukan MyKad, dan mereka cukup tegas dalam memeriksa kad sebelum memberi diskaun.

  • Dewasa: RM24 (MyKad) / RM34 (bukan MyKad)
  • Kanak-kanak / pelajar: RM16 (MyKad) / RM24 (bukan MyKad)

Harga meningkat RM2 pada hujung minggu

via @Tripadvisor

Kalau kalian jangka lawatan santai, lupakan! Muzium ini tiga tingkat penuh dengan model seram, cerita hantu dan bilik zombi yang realistik. Setiap tingkat membawa pengunjung melalui pameran pelbagai budaya iaitu dari Malaysia, China, Jepun hingga Mesir, selain seksyen khas untuk Halloween, Dracula dan Zombie Attack.

Kalau nak pengalaman lebih immersive, kalian boleh pakai kostum yang disediakan dan ambil gambar.

Perincian dan craftsmanship setiap pameran memang tip-top, dengan sentuhan halus yang buat setiap bilik seolah hidup. Bilik Zombie Attack di tingkat atas memang paling “wow”, manakala bilik makan dengan potret hidup di dinding turut buat bulu roma meremang!


Sesuai Untuk Siapa?

Tiada had umur rasmi, tapi kalau bawak anak kecil, ibu bapa kena check dulu bilik Zombie sebelum decide nak bawa anak masuk atau tidak. Secara umum, kanak-kanak bawah 10 tahun mungkin terlalu takut, manakala remaja awal hingga awal 20-an yang minat horror pasti enjoy.


Aktiviti Lain Yang Boleh Dilakukan:

Kalau dah habis lawat Ghost Museum, kawasan sekitarnya pun ada port menarik lain:

  • Upside Down Museum di Kimberly Street, beberapa minit jalan kaki.
  • Chew Jetties dan Batik Painting Museum.
  • Seni jalanan di Armenian Street yang iconic

Kalau hanya ada sehari di Penang, Ghost Museum mungkin bukan pilihan utama sebab banyak lagi port unik lain untuk diterokai. Harga tiket agak mahal untuk tempoh lawatan yang singkat.

Tapi kalau kalian ada masa lebih, atau memang kaki horror dan benda supernatural, Ghost Museum Penang adalah port yang unik dan pelik serta pengalaman yang tak dijangka dalam bangunan heritage George Town.


Sumber: www.murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content