Pelaburan REIT di Malaysia: Potensi dan Kelebihan

SHARE:

Pelaburan REIT di Malaysia: Potensi dan Kelebihan Pelaburan REIT di Malaysia menawarkan laluan yang menarik dan berstruktur untuk rakyat Mal...

Pelaburan REIT di Malaysia: Potensi dan Kelebihan

pelaburan reit di malaysia

Pelaburan REIT di Malaysia menawarkan laluan yang menarik dan berstruktur untuk rakyat Malaysia memiliki porsi dalam hartanah komersial pilihan tanpa perlu menguruskan modal besar atau berhadapan dengan kerenah pengurusan fizikal.

Amanah Pelaburan Hartanah, atau Real Estate Investment Trust (REIT), adalah suatu mekanisme pelaburan kolektif yang memfokuskan dana pelabur ke dalam portfolio hartanah yang menghasilkan pendapatan, seperti pusat beli-belah, bangunan pejabat, hotel, hospital atau pusat logistik.

Dengan berbuat demikian, REIT membolehkan individu biasa menyertai pasaran hartanah komersial, sesuatu yang sebelum ini sering dianggap eksklusif untuk syarikat besar atau pelabur institusi.

Dengan pelaburan REIT, individu berpeluang menikmati hasil sewaan melalui agihan dividen serta potensi naik turun harga unit REIT tanpa perlu terlibat secara langsung dalam pengurusan harta tersebut.


Struktur dan Model Operasi REIT

Struktur REIT di Malaysia dikawal selia dengan ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia. Secara umumnya, terdapat tiga pihak utama dalam ekosistem REIT: Pengurus REIT, Pemegang Amanah, dan Pelabur (juga dipanggil pemegang unit).

pelaburan hartanah

Pengurus REIT bertanggungjawab sepenuhnya terhadap operasi harian dan keputusan strategik, termasuk pemilihan hartanah, pengurusan penyewa, penyelenggaraan, dan aktiviti pembiayaan.

Manakala Pemegang Amanah (biasanya sebuah bank atau institusi kewangan) memegang aset hartanah tersebut bagi pihak semua pelabur dan memastikan Pengurus REIT bertindak mengikut kepentingan terbaik pelabur.

REIT berfungsi dengan mengumpulkan modal daripada pelbagai pelabur untuk membentuk satu dana pelaburan.

Dana ini digunakan untuk membeli atau mengurus hartanah komersial yang menjana pendapatan sewa. Keuntungan daripada sewa tersebut diagihkan kepada pemegang unit dalam bentuk dividen


Jenis-Jenis REIT yang Terdapat di Pasaran Malaysia

pelaburan reit

Pasaran REIT Malaysia menawarkan kepelbagaian, membolehkan pelabur memilih berdasarkan kelas aset atau sektor yang mereka minati atau yakini akan berkembang. 

Dalam konteks pelaburan REIT di Malaysia, REIT boleh dikategorikan mengikut jenis hartanah yang dimilikinya.

Jenis hartanah ini boleh melibatkan pelbagai segmen seperti hartanah runcit, pejabat, industri, hotel dan penjagaan kesihatan.

  1. Peruncitan – Kedai, pusat membeli-belah, premis runcit komersial
  2. Hotel – Hotel, penginapan
  3. Perindustrian – Tanah dan bangunan industri, kilang, dll
  4. Pejabat – Bangunan pejabat, ruang pejabat
  5. Penjagaan kesihatan – Hospital, klinik, kemudahan kesihatan
  6. Gudang – Kemudahan gudang, penyimpanan dan logistik
  7. Ruang tempat letak kereta – Infrastruktur letak kereta, tempat letak kereta
  8. Kediaman – Hartanah kediaman, harta sewaan, hartanah unit besar


i-REIT atau REIT Patuh Syariah

REIT Patuh Syariah

Di Malaysia, terdapat juga variasi pelaburan REIT di Malaysia yang memenuhi prinsip syariah dikenali sebagai i-REIT.

i-REIT ini mempunyai struktur dan peraturan tambahan bagi memastikan operasi dan asetnya mematuhi prinsip kewangan Islam.

Untuk i-REIT terus layak disenaraikan, ia perlu mematuhi garis panduan syariah terkini yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta peraturan pasaran modal yang relevan.

i-REIT memberi peluang kepada pelabur yang ingin melaburkan dana mereka dalam hartanah tetapi mengutamakan kepatuhan syariah dalam semua aspek pelaburan.

Seperti REIT konvensional, i-REIT juga menyediakan pendapatan daripada sewa dan potensi pulangan modal melalui kenaikan harga unit.


Kelebihan Utama Melabur dalam REIT Malaysia

kelebihan pelaburan reit

Pelaburan REIT di Malaysia mempunyai beberapa kelebihan yang ketara berbanding pelaburan hartanah fizikal secara langsung.

Kelebihan pertama dan paling utama adalah Kecairan. Berbeza dengan hartanah fizikal yang memerlukan masa berbulan-bulan untuk dijual tetapi unit REIT boleh dibeli dan dijual dengan mudah di Bursa Malaysia seperti saham biasa, memberikan pelabur akses kepada tunai dengan lebih cepat jika diperlukan.

Kelebihan kedua adalah Keperluan Modal yang Rendah. Untuk memiliki sebidang hartanah komersial, modal yang diperlukan adalah amat besar.

Namun, dengan REIT, pelabur boleh memulakan pelaburan dengan hanya beberapa ratus ringgit, membolehkan mereka memiliki sebahagian kecil daripada portfolio hartanah bernilai jutaan ringgit. Kelebihan seterusnya ialah Kepelbagaian.

Satu pelaburan dalam REIT tertentu secara automatik mendedahkan pelabur kepada portfolio yang mengandungi beberapa hartanah, selalunya di lokasi yang berbeza dan mungkin dalam sektor yang berbeza, sekali gus mengurangkan risiko berbanding memiliki satu hartanah sahaja.

Akhir sekali, REIT menawarkan sumbe pendapatan pasif yang Tetap melalui agihan dividen yang kerap.


Cara Melabur dalam REIT

pelaburan REIT Malaysia

Untuk mula melabur, pelabur perlu membuka akaun CDS melalui bank pelaburan atau broker saham.

Selepas itu, mereka boleh membeli unit REIT yang disenaraikan di Bursa Malaysia sama seperti membeli saham biasa.

Antara REIT popular di Malaysia termasuk Pavilion REIT, Sunway REIT, IGB REIT, KIP REIT dan Hektar REIT.

Terdapat juga REIT patuh Syariah seperti Axis REIT, KLCCP Stapled Group, AME REIT, Al-Salam REIT dan Al-Aqar Healthcare REIT

Secara keseluruhannya, Pelaburan REIT di Malaysia membuka pintu kepada dunia hartanah komersial yang sebelum ini sukar diakses.

Ia menggabungkan potensi pendapatan dividen yang menarik dengan tahap kecairan dan kemudahan yang tidak terdapat dalam pelaburan hartanah tradisional.


Sumber: www.ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content