[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf🙇

SHARE:

  [VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf🙇 Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG) B...

 

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf🙇

Biasalah, bila sudah gemuruh memang akan lupa macam-macam perkara.

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026 baru-baru ini.

Insiden itu telah menjadi bualan ramai apabila pengguna media sosial mempersoalkan tindakan pelakon itu yang dianggap kurang manis ketika berjalan memperagakan baju Melayu di pentas tersebut.

“Takpe ke dia (Bront) kunyah-kunyah masa model ni? *Kita tanya tau.”

Berdasarkan komen Galeri Ariani di platform Threads, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin bin Saifuddin, memohon maaf kepada jenama tersebut kerana terlupa untuk membuat chewing gum sebelum menaiki pentas.

Kongsi Galeri Ariani, Bront sebenarnya gemuruh kerana itu adalah pengalaman pertamanya untuk berjalan di khalayak ramai.

“Abang Bront mintak maaf banyak-banyak kali dengan team Ariani tadi. Abang Bront sebenarnya nervous first time ramai-ramai macam ni, lepastu kena catwalk, ambil kejap chewing gum nak hilangkan nervous and dry mouth, terus zasss masuk terlupa terus jadinya.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi berbeza. Namun, ada segelintirnya memahami apa yang dialami oleh Bront dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu insiden kecil yang boleh dimaafkan.

“Sebenarnya cara abang Bront tu nampak lebih santai. Bila saya tengok dia catwalk dengan penampilan baju Melayu dengan mulut mengunyah, ala-ala vibe tengah beraya sambil melayan tetamu tapi kuih raya tak lepas dari mulut. Model lain berjalan seperti gaya yang biasa kita lihat atas stage.”

“Bront yang mega mega pun nervous lagi. Hahaha its ok nasib hensem. Dimaafkan.”

Apa pendapat kamu, kesalahan Bront Palarae ini salah besar atau boleh dimaafkan?

Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content