Tahukah anda istilah "DOXING" - ketahui Maksud, Undang² serta Kesan² perbuatan ini (BULI SIBER)

SHARE:

Doxing: Maksud, Peruntukan Undang-Undang & Kesan Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan Doxing yang boleh ...

Doxing: Maksud, Peruntukan Undang-Undang & Kesan

doxing

Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan Doxing yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk jika amalan ini tidak dihentikan.

Pelaku tindakan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang jika mereka sabit kesalahan.

Apa Itu Doxing?

Doxing (atau doxxing) merupakan tindakan menyebarkan informasi peribadi seseorang ke internet tanpa izin dengan niat jahat.

Dalam erti kata lain, istilah ini berasal dari singkatan “dropping docs” (dokumen).

Tujuannya pada kebiasaannya adalah untuk memalukan, mengancam atau mengintimidasi mangsa dengan mendedahkan identiti sebenar.

Menurut Ketua Polis Negara, penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran termasuk alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri serta butiran keluarga adalah satu kesalahan undang-undang yang serius dan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.

Tindakan tersebut dengan tanpa kebenaran, walau dengan apa jua alasan, melanggar prinsip perlindungan data peribadi dan boleh mengancam keselamatan individu serta ketenteraman awam.

Tindakan Udang-Undang

Pihak berkuasa boleh menggunakan beberapa peruntukan undang-undang untuk menyiasat kes doxing.

Terdapat beberapa peruntukan yang terlibat dalam hal ini:

  • Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
  • Seksyen 130, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
  • Seksyen 507E, 507F(1) atau 507F(2), Kanun Keseksaan

Kesan Doxing

Antara kesan perbuatan ini daripada berlaku adalah seperti berikut:

  • VIGILANTISME BERBAHAYA: Tindakan terburu-buru akan mendatangkan akibat yang tidak dingini
  • RISIKO FIZIKAL: Mangsa dan keluarga diancam secara fizikal tau dihendap (stalking)
  • KESAN PERUNDANGAN: Mangsa boleh menghadapi tuduhan gangguan, fitnah atau pencerobohan privasi

Tindakan Mangsa Doxing

Jika anda menjadi mangsa tindakan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Kumpulkan semua bukti: Kumpulkan semua bukti termasuk tangkapan skrin, pautan dan maklumat pelaku.
  • Laporkan kepada platform yang berkaitan: Laporkan ke platform tempat maklumat peribadi anda dikongsi, seperti media sosial atau laman web.
  • Hubungi atau lapor kepada pihak berkuasa : Jika anda rasa terancam atau berada dalam bahaya, hubungi pihak berkuasa seperti Polis dan MCMC dengan segera.
  • Dapatkan sokongan: Bercakap dengan rakan, keluarga atau profesional kesihatan mental untuk mendapatkan sokongan emosi.
  • Tingkatkan keselamatan dalam talian: Tukar kata laluan anda media sosial, buat pengesahan dua faktor dan kemas kini perisian keselamatan.

Langkah Pencegahan

Untuk mengelakkan anda menjadi mangsa tindakan ini, sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:

  • Hadkan maklumat peribadi yang anda kongsikan dalam talian serta berhati-hati dengan maklumat yang anda kongsikan di media sosial, forum dan laman web lain.
  • Gunakan tetapan privasi dan hadkan siapa yang boleh melihat maklumat anda serta siapa yang boleh menghubungi anda.
  • Gunakan kata laluan yang berbeza untuk setiap akaun dalam talian anda serta pastikan kata laluan anda kukuh dan sukar diteka.
  • Jangan klik pada pautan daripada sumber yang tidak diketahu kerana ia mungkin mengandungi perisian yang boleh mencuri maklumat peribadi anda.
  • Semak kehadiran dalam talian anda dan cari nama anda secara berkala di Google. Jika anda menemui maklumat peribadi yang anda tidak mahu didedahkan, hubungi pemilik laman web untuk menurunkan maklumat peribadi tersebut.\

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content