$type=carousel$cols=3$show=home

(UPU) Sambung Study UNIVERSITI! (BSN) Cara² Beli No Pin UPUOnline 2026: Walk-In & Online

SHARE:

  Cara Beli No Pin UPUOnline 2026: Walk-In & Online No Pin UPUOnline 2026 boleh dibeli bermula  28 Januari 2026...

 

Cara Beli No Pin UPUOnline 2026: Walk-In & Online

No Pin UPUOnline

No Pin UPUOnline 2026 boleh dibeli bermula 28 Januari 2026 (Rabu). Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan perbankan MyBSN, walk-in di mana-mana cawangan BSN atau menggunakan mesin ATM BSN. Untuk mengetahui cara mohon UPUOnline dan syarat kelayakan, layari portal rasmi UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my/

Jika anda merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Asasi, Sijil, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2026/2027, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membeli Nombor Pin UPUOnline.

Nombor pin ini penting untuk mengakses sistem permohonan UPUOnline, yang digunakan untuk memohon ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan institusi di bawah MARA.

Bagi memudahkan calon, pembelian Nombor Pin boleh dilakukan secara walk-in di kaunter BSN, melalui mesin ATM BSN, atau secara online menggunakan perbankan internet myBSN.

Artikel ini akan menerangkan dengan terperinci cara beli Nombor Pin UPUOnline 2026, sama ada secara fizikal di cawangan BSN atau secara dalam talian, supaya anda boleh membuat permohonan tanpa sebarang masalah


Permohonan UPUOnline Sesi 2025/2027 Lepasan SPM & STPM

Permohonan UPU 2026 Bagi Kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) Sesi Akademik 2026/2027 akan dibuka pada 29 Januari 2026 sehingga 23 Mac 2026 bagi Fasa Permohonan Lepasan SPM dan Fasa Pertama Lepasan STPM/Setaraf.

Fasa kedua pua akan dibuka untuk Lepasan STPM/Setaraf bermula pada 13 April sehingga 15 Mei 2026 untuk program yang tidak bertemuduga dan/atau ujian sahaja.

TARIKH PERMOHONAN UPU DIBUKA:-

FASA 1 : Lepasan SPM & STPM/Setaraf

  • 29 Januari 2026 sehingga 23 Mac 2026

FASA 2 : Program Pengajian yang Tidak Bertemu Duga & atau Ujian

  • 13 April sehingga 15 Mei 2026


Cara Beli No Pin UPUOnline 2026

Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di:

  • 387kaunter cawangan BSN
  • 843 mesin ATM BSN
  • Perbankan Internet myBSN

Pembelian boleh dilakukan mulai 28 JANUARI 2026 sebelum membuat permohonan. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin bersama resit pembayaran. Pemohon perlu menyimpan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian untuk rujukan.

Harga Pin UPUOnline ialah RM10.60 (termasuk caj perkhidmatan).

KAEDAH 1 : MELALUI KAUNTER BSN

  • Pemohon boleh pergi sendiri ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad dan wang untuk membuat bayaran.
  • Salinan MyKad pemohon perlu diberikan semasa membeli Pin Unik ID UPU.


KAEDAH 2 : MENERUSI MESIN ATM BSN

  1. Masukkan Kad ATM dan Nombor PIN
  2. Pilih Urusan: “Beli Pin”
  3. Pilih Jenis Permohonan: “IPTA”.
  4. Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
  6. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.
  7. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.


KAEDAH 3 : MENERUSI PERBANKAN INTERNET (ONLINE BANKING DI myBSN)

Pemohon perlu mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN untuk mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Selepas pendaftaran selesai, pemohon boleh membeli nombor PIN melalui perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

  1. Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking.
  2. Klik “Pin Purchase”.
  3. Pilih Organization “UPU”.
  4. Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”.
  5. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.


Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPUOnline 2026

Perkara Tarikh Mula Tarikh Tutup
Pembelian No. Pin BSN 28 Januari 2026 15 Mei 2026
Permohonan Fasa 1 (Semua Kategori) 29 Januari 2026 23 Mac 2026
Fasa Kemaskini (Lepasan SPM) 16 Mac 2026 23 Mac 2026
Permohonan Fasa 2 (Lepasan STPM/Setaraf) 13 April 2026 15 Mei 2026


Maklumat Lanjut Berkaitan Permohonan UPUOnline 2026/2027

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Sebarang pertanyaan berkaitan UPUONLINE®️, boleh hubungi BKPA melalui:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya


Soalan Lazim No Pin UPUOnline

Di mana boleh membeli No PIN UPUOnline?

Anda boleh membeli No PIN melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembelian boleh dibuat melalui tiga saluran utama: Kaunter Cawangan BSN, Mesin ATM BSN, Perbankan Internet (myBSN).

Berapakah harga No PIN UPUOnline?

Harga No PIN adalah RM10.60 sahaja. Sila pastikan anda menyimpan resit pembelian sebagai bukti.

Apakah kategori No PIN yang perlu saya beli?

Pastikan anda membeli No PIN yang betul mengikut kategori kelayakan anda:
Kategori A: Lepasan SPM (untuk program Diploma/Asasi).
Kategori B: Lepasan STPM/Setaraf (untuk program Ijazah Sarjana Muda).

Berapa lamakah tempoh sah No PIN tersebut?

No PIN hanya sah untuk satu musim permohonan sahaja. Contohnya, No PIN yang dibeli untuk sesi akademik 2026/2027 tidak boleh digunakan untuk tahun hadapan.

Apa perlu dilakukan jika No PIN saya hilang?

Jika anda kehilangan slip No PIN, anda boleh:
Merujuk semula ke cawangan BSN tempat anda membeli (dengan membawa kad pengenalan).
Menyemak semula dalam sistem perbankan internet jika anda membeli secara dalam talian.
Peringatan: Jangan dedahkan No PIN anda kepada orang lain untuk mengelakkan penyalahgunaan akaun permohonan.

Bagaimana cara beli Pin UPUOnline melalui mesin ATM BSN?

Langkah Mudah Pembelian No PIN di ATM:
– Masukkan kad ATM dan PIN anda.
– Pilih menu “Simpanan/Urusi Wang” atau “Pembelian/Pembayaran”.
– Pilih “UPU”.
– Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
– Sahkan jumlah bayaran dan simpan resit yang mengandungi No PIN tersebut.

Sumber : www.ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content