$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

3 PKS Kongsi Impak & Strategi Naik Taraf Perniagaan Dengan SJPP

SHARE:

3 PKS Kongsi Impak & Strategi Naik Taraf Perniagaan Dengan SJPP KUALA LUMPUR, [24 Februari]  – Ramai pemilik Perusahaan Kecil dan Sederh...

3 PKS Kongsi Impak & Strategi Naik Taraf Perniagaan Dengan SJPP

KUALA LUMPUR, [24 Februari] – Ramai pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) punya cita-cita untuk idea yang lebih besar untuk pelanggan yang makin bertambah. Tapi ketika sampai bab pembiayaan, di situlah cabaran sebenar bermula.

Proses lama. Cagaran tinggi. Syarat ketat.

Bukan kerana perniagaan tak bagus — tapi sistem kadang-kadang tak selari dengan keperluan sebenar usahawan yang sedang berkembang.

Di sinilah peranan besar Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) menjadi pemudah cara.

Melalui skim jaminan pembiayaan yang disokong Kerajaan Malaysia, SJPP membantu meningkatkan keyakinan institusi kewangan untuk beri pembiayaan kepada PKS yang berpotensi. Ini membolehkan lebih ramai usahawan mendapat peluang untuk berkembang tanpa tekanan berlebihan.

Tiga kisah berikut membuktikan bagaimana sokongan ini benar-benar memberi impak kepada perniagaan tempatan.

Tonasco Sdn Bhd: Merealisasikan Pendekatan “Kilang Pintar”

Dalam industri pemesinan tepat (precision machining), teknologi bergerak laju. Maka untuk terus kekal relevan, pelaburan dalam mesin bernilai tinggi dan pendekatan “kilang pintar” merupakan strategi yang penting, dan proses itu dipermudahkan dengan sokongan daripada SJPP.

Tonasco Malaysia yang sudah lebih dua dekad beroperasi sedar bahawa untuk terus bersaing, mereka tak boleh bergantung pada cara lama. Pelaburan dalam mesin berteknologi tinggi dan sistem automasi kini menjadi satu keperluan, bukan lagi pilihan.

Dengan sokongan pembiayaan yang dijamin SJPP, proses menaik taraf operasi menjadi lebih lancar dan terancang.

Menurut Pengarah Urusan Tonasco, Lin Sheau Wei:

“Pembiayaan melalui skim jaminan Kerajaan yang diuruskan SJPP membantu syarikat memperkukuh pelaburan dalam mesin berteknologi tinggi serta mempercepatkan hala tuju ke arah pembangunan kilang pintar. Hasilnya, syarikat dapat mempertingkatkan daya saing dan membina keupayaan baharu selari agenda penaiktarafan yang dirancang.”

Hasilnya? Produktiviti meningkat, operasi lebih tersusun dan daya saing semakin kukuh.

Molhit Pack Sdn Bhd: Gandakan Keupayaan, Teroka Pasaran Lebih Luas

Bagi perniagaan percetakan dan pembungkusan, cabaran biasanya bukan sahaja pada permintaan pasaran, faktor lain juga adalah kepada kapasiti untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan lebih cepat, konsisten, dan berskala besar.

Molhit Pack memanfaatkan pembiayaan yang diperoleh untuk menstabilkan kos operasi dan meningkatkan kapasiti syarikat dengan :

  • berpindah ke gudang lebih besar
  • menambah tenaga kerja
  • membeli mesin baharu bagi meningkatkan produktiviti.

Langkah ini ternyata telah membantu syarikat menstabilkan kos operasi dan membuka ruang untuk pertumbuhan jualan yang lebih konsisten.

Menurut Fatin Fatinah Molhit, Pengarah Urusan Molhit Pack Sdn Bhd:

“SJPP menjadi pemangkin penting yang memperkukuh keyakinan institusi kewangan, sekaligus menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaan Molhit Pack secara lebih mampan.”

Bubbles O2 : Cabaran Jenama Air Mineral Semula Jadi Premium Malaysia

Mungkin ramai antara kita yang mengenali syarikat ini. Namun untuk Bubbles O2, kesnya agak unik kerana cabaran pembiayaan bukan kerana rekod kewangan yang bermasalah atau lemah,tetapi kerana rekod kewangan yang “terlalu bersih”.

Walaupun telah beroperasi sejak 2018, ketiadaan rekod pembiayaan korporat sebelum ini menyebabkan penilaian risiko lebih ketat, dan proses pembiayaan mengambil masa lebih panjang oleh pihak institusi kewangan.

Dengan skim jaminan SJPP, keyakinan pihak institusi kewangan memberi pembiayaan meningkat dan tekanan cagaran berkurang. Hal ini, membolehkan syarikat merancang tenaga kerja dan perbelanjaan kos operasi syarikat dengan lebih stabil.

Menurut Pengarah Urusan Bubbles O2, Ain Azizah Binti Ariffin:

“SJPP berperanan sebagai pemacu keyakinan kewangan yang membolehkan syarikat berkembang daripada segi operasi secara lebih terancang dan mampan.”

Hasilnya, dalam tempoh 6 hingga 12 bulan, syarikat-syarikat ini melaporkan perubahan ketara daripada segi perancangan kos operasi yang lebih tersusun, aliran tunai lebih lancar, rantaian bekalan lebih stabil, malah kepercayaan serta kredibiliti dengan pembekal dan rakan kewangan turut meningkat.

Mengenai SJPP

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) menyediakan sokongan kepada PKS yang layak melalui skim jaminan pembiayaan perniagaan oleh Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan akses pembiayaan serta keyakinan pihakinstitusi kewangan. Inisiatif ini membolehkan PKS melabur dalam perkembangan perniagaan, penaiktarafan fasiliti, serta pengukuhan struktur kos operasi. SJPP dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Dikeluarkan oleh: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)
(Dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan))

Ingin memohon skim Jaminan Kerajaan tapi tak pasti skim mana paling sesuai untuk bisnes anda?

Lengkapkan dokumen anda kemudian buat permohonan dengan pihak bank yang terlibat!

Semak kelayakan anda hari ini
https://www.sjpp.com.my/inquiry-form


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content