$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

SYAFAKALLAH!~ Amyza Aznan mohon doa, saiz tumor anak makin membesar – “Paru-paru kanan collapse”

SHARE:

Amyza Aznan mohon doa, saiz tumor anak makin membesar – “Paru-paru kanan collapse” Pelakon Amyza Aznan memaklumkan perkembangan terbaharu me...


Amyza Aznan mohon doa, saiz tumor anak makin membesar – “Paru-paru kanan collapse”



Pelakon Amyza Aznan memaklumkan perkembangan terbaharu mengenai keadaan anaknya, Andre Mikhail, yang kini sedang berjuang melawan kanser paru-paru.

Saiz tumor makin besar

amyza aznan Saiz tumor makin besar

Memetik laporan mStar, Amyza, 49, menjelaskan prosedur menyedut cecair di paru-paru yang dijadualkan pada Rabu terpaksa dibatalkan selepas pemeriksaan lanjut dilakukan pakar.

“Tak tahu nak cakap apa, tak jadi sedut air sebab tak ada air dalam paru-paru. Kata pakar bukan air tapi saiz tumor membesar dan menyebabkan paru-paru kanan collapse.
“Nak tahu berapa saiz tumor kena tunggu giliran MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) lagi sebulan. Semoga ada keajaiban buatmu anak,” kata Amyza di InstaStory.

Dalam pada itu, Amyza turut menjelaskan prosedur yang dijalankan sebelum ini hanyalah bagi mengeluarkan cecair di paru-paru kanan dan tidak melibatkan pembuangan tumor.

“Proses membuang air di paru-paru kanan, bukan tumor. Tumor masih belum kecut untuk proses pembedahan.
“Saiz dari 18 sentimeter, kali terakhir proses CT scan hanya mengecut ke 14 sentimeter sahaja,” ujarnya.

Pelakon drama Bawah Payung itu turut merayu agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan anak sulungnya yang kini sedang menjalani rawatan.

“Dengan rendah hati saya memohon doa buat anakanda Andre Mikhail yang akan menjalani prosedur untuk rawatan tumor pada waktu ini.
“Hanya Allah yang membalas doa-doa kalian,” luahnya.

Terdahulu, pada 15 Februari tahun lalu, Amyza berkongsi berita sedih apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

Andre kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sumber: mStar /ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content