$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

AKTOR CANTIK!~ Mimi Lana luah kecewa, tegas industri seni bukan medan eksploitasi wanita dan kanak-kanak

SHARE:

  Mimi Lana luah kecewa, tegas industri seni bukan medan eksploitasi wanita dan kanak-kanak     Pelakon Mimi Lana meluahkan rasa marah dan k...

 

Mimi Lana luah kecewa, tegas industri seni bukan medan eksploitasi wanita dan kanak-kanak

 

Pelakon Mimi Lana meluahkan rasa marah dan kecewa susulan pendedahan mengejutkan berhubung dakwaan eksploitasi serta pemerdagangan manusia yang didakwa melibatkan wanita dan kanak-kanak dalam industri hiburan tanah air.

Industri seni bukan tempat eksploitasi wanita

mimi lana Industri seni bukan tempat eksploitasi wanita

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama penuh Mimi Roziana Zainal Abidin itu menyifatkan dakwaan tersebut amat berat untuk diterima, malah memberi kesan mendalam terhadap emosinya sebagai seorang wanita dan penggiat seni.

Menurutnya, isu pemerdagangan manusia bukan perkara remeh dan sama sekali tidak wajar dijadikan bahan perbincangan sensasi atau kandungan hiburan.

“Pemerdagangan manusia bukan bahan gurauan, bukan kandungan dan bukan gosip. Ia melibatkan trauma sebenar, lebih-lebih lagi apabila berlaku dalam industri yang menjadi sumber rezeki saya,” ciapannya, semalam.

Mimi turut mengakui hatinya berasa amat berat selepas menonton podcast penuh yang menampilkan pelakon Puteri Balqish bersama ibunya, yang didakwa mendedahkan pengalaman pahit mereka berdepan layanan tidak bermaruah sepanjang bergiat dalam dunia seni.

Katanya, pendedahan tersebut membuatkan dia terus berfikir dan sukar untuk menghadam apa yang didengar, selain menyifatkan maruah seorang wanita dan seorang ibu mudah dipermainkan.

“Ini tentang seorang ibu yang struggle membesarkan anaknya sebagai pelakon, tapi diperlakukan dengan jijik, kejam, dan tidak bermaruah.
 
“Jenayah ini didakwa dilakukan oleh seorang artis veteran dan seorang ahli politik.
Malaysia ada undang-undang dan pekara ini langsung tak sepatutnya berlaku,” jelasnya.

Tambah Mimi, dakwaan itu menjadi lebih mengejutkan apabila ia didakwa melibatkan seorang artis veteran serta seorang ahli politik, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan dan kebajikan anak seni dalam industri hiburan.

Dalam pada itu, Mimi menegaskan Malaysia mempunyai undang-undang yang jelas dan tegas, justeru perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku dan perlu disiasat secara menyeluruh sekiranya dakwaan tersebut adalah benar.

“Saya sentiasa percaya bahawa tempat kerja seharusnya menjadi ruang yang selamat, bukannya medan memburu. Bukan tempat di mana wanita dan kanak-kanak dilayan seperti objek.
“Dalam industri ini, terdapat terlalu ramai wanita dan kanak-kanak yang bekerja. Ramai antara mereka sangat naif, terutamanya yang baru melangkah masuk dan hanya mahu mencari rezeki.
“Mereka percaya, mereka menurut, dan mereka memilih untuk berdiam diri. Dan itulah yang paling menakutkan,” ujarnya.

Artikel lain: Kami hanya mahu dengar tindakan tegas terhadap kes buli, seksual – Mimi Lana

Sehubungan itu, Mimi menyeru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengambil isu ini dengan serius dan menjalankan siasatan menyeluruh, bukan sekadar mendengar dakwaan yang dibangkitkan.

Menurutnya sikap berdiam diri hanya akan membuka ruang kepada perbuatan keji itu untuk terus berulang, sambil menegaskan Malaysia tidak seharusnya menjadi medan kepada jenayah pemerdagangan manusia.

Sumber: Threads missmimilana / ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content