$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

NOMBOR SATU "1" MALAYSIA ~ katanya ; Aliff Syukri akui lebih berbakat dalam nyanyian berbanding anak – “Cess kurang aura”!~

SHARE:

Aliff Syukri akui lebih berbakat dalam nyanyian berbanding anak – “Cess kurang aura”     Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berpendap...


Aliff Syukri akui lebih berbakat dalam nyanyian berbanding anak – “Cess kurang aura”

 
 

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berpendapat anak sulungnya, Qadejah El Zahra atau lebih dikenali sebagai Cess, masih belum mampu menyaingi keupayaan vokalnya walaupun kini semakin dikenali sebagai penyanyi.

Memetik laporan HibGlam, menurut Aliff Syukri Kamarzaman, 39, meskipun prestasi nyanyian Cess menunjukkan perkembangan positif ketika sesi rakaman baru-baru ini, terdapat beberapa aspek lain yang perlu diperbaiki.

Cess kurang aura

aliff syukri Cess kurang aura
“Sejujurnya, kalau dibandingkan, suara saya lebih sedap daripada Cess. Aura dia pun masih kurang sebab orang ramai lebih berminat melihat bapanya. Dari segi aura, saya memang ada,” kata Aliff pada majlis pelancaran produk kopi terbaharu, Juz Coffee.

Dalam masa sama, Aliff percaya bakat seni sememangnya mengalir dalam keluarganya dan memaklumkan mereka bakal melancarkan tiga buah lagu raya baharu sempena Ramadan dan Aidilfitri akan datang.

“Tahun ini, keluarga saya akan tampil dengan tiga lagu raya serentak. Nantikan saja nanti.
“Sebelum ini, Cess ada merakam lagu bersama tiga penyanyi cilik lain iaitu Alyssa Dezek, Ara Aziz dan Cik B. Tahun lalu, mereka mencetuskan fenomena menerusi lagu Raya GenZ.
“Tahun ini pula, mereka terlibat dalam sebuah program bersama sebuah stesen televisyen sebagai pengacara,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai bakat nyanyiannya sendiri yang sering dipandang remeh, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu mengakui berasa terkilan dengan penerimaan industri hiburan terhadapnya.

“Saya hasilkan lagu tanpa sokongan mana-mana label dan sekadar buat kerana minat sendiri. Sudah lebih 10 tahun menghiburkan rakyat Malaysia, tetapi rasa seperti tidak pernah dihargai.
“Walaupun dikecam, lagu tetap trending dan orang masih mahu menonton. Tiada jemputan daripada stesen televisyen, namun di platform dalam talian, jumlah tontonan dan pendengar mencecah jutaan,” dedahnya.

Artikel lain: Aliff Syukri kata nak keluar lagu raya, tolong jangan sokong – Shahida

Terdahulu, isteri kepada Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mendedahkan suaminya itu mahu melancarkan lagu terbaru sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini.

Oleh itu, Shahida meminta orang ramai tidak memberi sokongan agar hasrat suaminya itu gagal menjadi kenyataan.

Sumber: HibGlam (Haikal Isa) / ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content