BANTUAN MADANI : Semakan MySara 2026 – Cara Semak Kelayakan TERKINI: PEMBAYARAN SARA BULANAN BAGI FEBRUARI 2026 AKAN DISALURKAN BERMULA 1 ...
BANTUAN MADANI : Semakan MySara 2026 – Cara Semak Kelayakan



Semakan MySARA bulanan boleh dilakukan selepas pembayaran dikreditkan pada 1 haribulan setiap bulan. Semak kelayakan SARA anda melalui portal SARA www.sara.gov.my/.
Selain itu, semakan status kelayakan SARA juga boleh dilakukan melalui:
- Portal MyKasih: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Portal MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi MyKasih : https://mykasih.com.my/mykasih-app/
Tiada permohonan diperlukan untuk menerima bantuan SARA kerana kelayakan adalah secara automatik melalui data penerima STR dan eKasih yang telah disahkan oleh kerajaan sehingga tarikh semakan berkala terkini.
Rujuk info lebih lanjut mengenai semakan MySARA di bawah.
Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia bertujuan memastikan golongan B40 mendapat akses kepada barangan keperluan asas tanpa beban kewangan yang berat.

Melalui program ini, penerima akan menerima bantuan dalam bentuk cashless yang dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka.
Bantuan SARA 2026 dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia dengan bayaran RM100 sebulan kepada hampir 9 juta penerima STR, manakala golongan miskin tegar yang tersenarai dalam eKasih akan menerima tambahan sehingga RM200 sebulan.
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya berdaftar seluruh negara.
Tarikh Bayaran SARA One-Off 2026
Berita baik untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, anda layak menerima penghargaan SARA sebanyak RM100.

Sumbangan ini akan diberikan pada 9 Februari 2026 dan akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.
Sara RM100 ini diberikan kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas bagi manfaat rakyat untuk persiapan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
Semakan status kelayakan SARA boleh dibuat melalui beberapa kaedah. Rujuk cara semakan MySara di bawah dengan lebih terperinci.


Cara Semakan MySARA – Status Kelayakan
Semakan kelayakan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 boleh dilakukan melalui beberapa kaedah berikut:
1. Semakan SARA Melalui Portal MyKasih
- Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
- Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar


2. Semakan SARA Melalui Portal MySTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

3. Semakan MySARA melalui Portal SARA
- Layari portal rasmi SARA di pautan berikut: https://www.sara.gov.my/
- Klik “Semakan Kelayakan”

4. Semakan SARA Melalui Aplikasi MyKasih
Aplikasi membolehkan semakan status, baki bantuan dan lokasi kedai berdaftar secara mudah melalui telefon bimbit.
Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.
Berapa Bantuan SARA 2026?
Bagi tahun 2026, kadar bantuan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:
- Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan.
- Golongan miskin tegar yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan SARA.
- Individu bujang yang tidak lagi menerima STR, tetapi akan diberikan RM50 sebulan sebagai SARA.
- Jumlah maksimum bantuan yang diterima oleh isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan lima anak atau lebih boleh mencapai sehingga RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR dan SARA.

Secara keseluruhan, isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan lima anak atau lebih boleh menerima jumlah bantuan tahunan sehingga RM4,600 apabila STR dan SARA digabungkan.
Penstrukturan semula ini melibatkan pengurangan sebanyak RM300 dalam bayaran tunai STR bagi semua kategori isi rumah. Namun, pengurangan ini diimbangi dengan peningkatan RM300 dalam bantuan SARA, memastikan jumlah keseluruhan bantuan kekal seimbang.
Bagi golongan miskin tegar, mereka menerima tambahan RM1,200 dalam bentuk kredit SARA, menjadikan jumlah keseluruhan kredit pembelian tahunan sebanyak RM2,400.
Sementara itu, kadar STR sebanyak RM600 dikekalkan untuk warga emas bujang yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, dengan bantuan SARA mereka turut dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.
Bagi golongan bujang di bawah 60 tahun, STR digantikan dengan SARA bernilai RM600 setahun.
Rujuk jadual kadar SARA 2026 di bawah:

Kadar Bantuan MyKasih / SARA 2026
- Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
- Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
- Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)
- Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)
Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.
NOTA: Bujang bawah 60 tahun, tidak lagi mendapat STR tunai, sebaliknya menerima SARA.
Kadar Bayaran SARA 2026

Bila Bayaran SARA 2026 Masuk?
Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan bermula pada 9 Januari 2026 untuk 5 juta penerima yang terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan, diikuti pembayaran kepada 3.1 juta individu bujang pada 16 Januari 2026.
Penerima SARA bulanan akan menerima kredit antara RM50 hingga RM200 mengikut kategori kelulusan.
Secara keseluruhan, SARA Bulanan melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion untuk tahun 2026, berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion pada tahun 2025.
Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Untuk mendapatkan SARA 2026, anda perlu memastikan anda adalah penerima STR 2026. Semua yang lulus permohonan STR 2026 layak menerima SARA 2026 secara automatik dengan kadar yang berbeza mengikut kategori dan status rekod eKasih.
Mereka yang tidak lulus STR 2026 tidak layak menerima SARA 2026.
Jika anda belum membuat permohonan STR 2026, atau kemaskini maklumat, sila lakukan segera dan rujuk info di bawah ini.
Permohonan STR 2026 & SARA
Bagi yang belum membuat permohonan STR 2026, jangan risau kerana permohonan dibuka sepanjang tahun.

Senarai data daripada beberapa agensi kerajaan lain yang dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan untuk disemak kelayakan STR 2026 mengikut syarat yang ditetapkan:
- Data eKasih, ICU, JPM
- Data penerima bantuan JKM
- Data penghuni Perumahan Awam/Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL, JWP dan KPKT
- Data Orang Asli JAKOA
- Data gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL
- Data individu berdaftar dengan Skim Insurans Pekerjaan PERKESO
- Data penerima zakat atau baitulmal negeri
Tarikh Pembayaran STR 2026 Fasa 1
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026 akan mula disalurkan bermula 20 Januari 2026 (Selasa).
YAB Dato’ Seri Anwar mengumumkan penyaluran STR Fasa 1 2026 membabitkan peruntukan RM1.1 bilion untuk 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.
Penerima akan menerima antara RM100 dan RM500 mengikut kelayakan masing-masing.

Berikut adalah butiran penting STR Fasa 1 untuk 2026:
- Tarikh pembayaran bermula: 20 JANUARI 2026
- Kaedah pembayaran: Dikreditkan terus ke akaun bank penerima untuk yang mempunyai akaun. Bagi yang tiada akaun bank (termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan), bayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.
- Jumlah bantuan:
- Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah: RM500
- Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000: RM150 hingga RM300 (bergantung kepada bilangan anak)
- Warga emas tiada pasangan: RM150.
- Bujang (pendapatan RM2,500 ke bawah): Tidak menerima bayaran dalam bentuk tunai (STR), sebaliknya akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan sebanyak RM50 sebulan (dikreditkan ke dalam MyKad).
Selain daripada bayaran STR Fasa 1, terdapat juga beberapa bantuan iringan yang disalurkan dalam tempoh yang sama:
- SARA 2026 (Bulanan): Bermula 9 Januari 2026 (RM100-RM200 untuk isi rumah/warga emas, RM50 untuk bujang).
- SARA Untuk Semua (One-off): Bayaran RM100 secara “one-off” kepada semua rakyat Malaysia dewasa (18 tahun ke atas) yang akan dikreditkan pada 9 Februari 2026.
NOTA: Anda boleh menyemak status kelayakan dan jumlah tepat yang bakal diterima melalui portal rasmi MySTR.
Cara Beli Barang SARA Guna MyKad
Untuk menebus SARA, rujuk langkah pembelian seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit berdaftar. Contohnya beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, biskut, tepung, bahan perasa, barangan sekolah, produk penjagaan diri, dan ubat-ubatan.
- Tunjukkan MyKad anda di kaunter semasa hendak membayar sebagai pengesahan penerima bantuan.
- Tukar PIN sementara MyKad (6 digit pertama No. MyKad) kepada PIN baru bagi keselamatan transaksi.
- Juruwang akan mengimbas barangan terpilih.
- Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.
Bantuan SARA yang disalurkan dalam MyKad boleh digunakan sepanjang tahun dan baki tidak digunakan dalam satu bulan akan dibawa ke bulan berikutnya.
Penggunaan sistem ini memudahkan penerima mendapatkan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai serta memantau penggunaan bantuan secara lebih berkesan.

Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna SARA
Senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA 2026 belum lagi diumumkan secara rasminya.
Namun, untuk tahun 2025 dan dijangka diteruskan ke tahun 2026, berikut adalah senarai 14 kategori utama barangan SARA:
Senarai Kategori & Contoh Barangan
- Beras (pelbagai jenama berdaftar)
- Telur ayam (gred A–C)
- Roti (roti putih, roti gandum, roti sandwich)
- Minyak masak (minyak sawit, minyak sayuran)
- Biskut (krim, kering)
- Mi segera & bihun
- Tepung gandum
- Minuman (Milo, teh, kopi, susu tepung, susu pekat, susu kotak)
- Perasa & bahan perasa (gula, garam, sos, rempah)
- Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, tuna, susu pekat)
- Barangan penjagaan diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
- Ubat asas tanpa preskripsi (paracetamol, ubat batuk ringan, plaster luka)
- Keperluan sekolah (alat tulis, pakaian seragam, kasut)
- Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, cecair pencuci lantai)
Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan
- Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang tidak berkaitan keperluan asas.
- Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)
Maklumat terkini akan dikemaskini kelak sekiranya ada perubahan.
Senarai Kedai Terima SARA
Penerima bantuan boleh membeli barang keperluan di lebih 250 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara.
Senarai kedai boleh disemak di pautan berikut: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Untuk tahun 2026, sasaran kedai kecil yang terlibat dalam program SARA akan ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir 2026, berbanding lebih 3,000 pada akhir tahun 2025, melengkapi cawangan pasar raya sedia ada.

Cara Semak Barang SARA Guna Aplikasi MyKasih
Untuk semak barang terpilih yang layak menggunakan bantuan SARA melalui aplikasi MyKasih, ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi dan log masuk dengan maklumat yang diperlukan (boleh juga guna tanpa log masuk untuk sebahagian fungsi).
- Gunakan fungsi “Imbas Kod Bar” atau “Scan Barcode” yang disediakan dalam aplikasi.
- Imbas kod bar pada produk di kedai. Aplikasi akan memberitahu sama ada produk tersebut layak dibeli menggunakan bantuan SARA atau tidak.
- Selain imbas barangan, aplikasi juga memaparkan katalog barangan terpilih dan kategori barang yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan SARA.
- Anda juga boleh mencari lokasi kedai berdaftar yang menyokong penggunaan SARA di sekitar kawasan anda melalui aplikasi.
Aplikasi MyKasih memudahkan penerima bantuan menyemak kelayakan barang yang ingin dibeli secara digital.
Pastikan telefon anda mempunyai sambungan internet semasa menggunakan fungsi semakan ini untuk maklumat terkini.

Cara Daftar & Aktifkan Akaun Aplikasi MyKasih
Untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun MySARA, ikut langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau Apple App Store.
- Untuk mendaftar, buka aplikasi dan klik pilihan Daftar Akaun Baru.
- Masukkan nombor kad pengenalan/myKad dan nombor telefon yang aktif.
- Ikuti arahan untuk mengesahkan nombor telefon melalui kod OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda. Kemudian, lengkapkan maklumat peribadi yang diperlukan.
- Setelah pendaftaran berjaya, anda perlu log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan dan mulakam proses pengaktifan akaun.
- Selepas akaun diaktifkan, anda boleh menyemak baki bantuan, senarai barang yang boleh dibeli, serta mencari kedai berdekatan melalui aplikasi.
Jika pernah mendaftar sebelum ini, cukup sahaja log masuk dengan nombor IC dan nombor telefon yang sama.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026 sila rujuk/layari:
- Portal Rasmi MyKasih Foundation: www.mykasih.com.my
- Portal Rasmi SARA: https://www.sara.gov.my/
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026): https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Soalan Lazim Semakan MySARA
Rujuk Soalan Lazim (FAQ) SARA 2026 :










MySARA adalah sistem semakan status dan kelayakan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang boleh diakses secara dalam talian melalui portal MyKasih dan aplikasi mudah alih MyKasih.
Tiada permohonan diperlukan. Penerima yang layak akan dipilih secara automatik berdasarkan kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan rekod eKasih.
Semakan MySARA boleh dilakukan melalui portal SARA
Bantuan diberikan dalam bentuk kredit tunai tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan ke MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar.
Bantuan boleh digunakan sepanjang tahun bantuan diumumkan, dan baki tidak terpakai boleh dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat tempoh yang ditetapkan.
Kelayakan berdasarkan status kelulusan STR, kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan, bujang, serta data eKasih yang menetapkan golongan miskin dan miskin tegar.
Penyaluran SARA Bulanan 2026 akan bermula pada 9 Januari 2026 untuk kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan, diikuti pembayaran kepada kategori bujang pada 16 Januari 2026.
I. Isi Rumah (tiada had umur)
– Penerima STR 2026 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM2,400 setahun, iaitu RM200 sebulan.
– Penerima STR 2026 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM1,200 setahun, bersamaan RM100 sebulan.
II. Warga Emas Tiada Pasangan
– Penerima STR 2026 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM1,800 setahun, iaitu RM150 sebulan.
– Penerima STR 2026 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
III. Bujang (21 hingga 59 tahun)
– Penerima STR 2026 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM1,200 setahun, iaitu RM100 sebulan.
– Penerima STR 2026 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
Pembayaran STR Fasa 1 2026 akan mula salurkan pada 20 Januari 2026.
Semakan kelayakan SARA 2026 boleh dilakukan dengan beberapa kaedah seperti berikut:
I. Surat pemakluman
– Surat lulus STR 2026 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
II. Sistem pesanan ringkas (SMS Blast)
– Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp daripada Yayasan MyKasih (agensi pelaksana SARA) untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
– Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
III. Semakan terus melalui portal rasmi
– Portal Rasmi STR
– Portal Rasmi SARA
IV. Hubungi
Semakan kelayakan SARA
– Hubungi BKK HASiL: 1-800-88-2747
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
– Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semakan pelaksanaan SARA
– Hubungi Yayasan MyKasih: 03-7720 1800
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Sumber : ecentral.my
COMMENTS