Ustazah Asma’ tegur penampilan wanita dalam iklan baju raya terlalu seksi – “Berpakaian tapi telanjang”

SHARE:

  Ustazah Asma’ tegur penampilan wanita dalam iklan baju raya terlalu seksi – “Berpakaian tapi telanjang”   Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ H...

 

Ustazah Asma’ tegur penampilan wanita dalam iklan baju raya terlalu seksi – “Berpakaian tapi telanjang”

 

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil membuat teguran terbuka terhadap segelintir wanita Islam yang mengenakan tudung namun berpakaian ketat dan menjolok mata, sehingga boleh mengundang fitnah dalam masyarakat.


Berpakaian tapi telanjang

ustazah asma Berpakaian tapi telanjang

Menerusi satu perkongsian, beliau meluahkan kebimbangan apabila semakin hampir bulan Ramadan, semakin banyak iklan pakaian Hari Raya memaparkan wanita Muslimah bertudung tetapi mengenakan busana sendat dan melekat pada tubuh.

Menurutnya, pemakaian sedemikian lebih berat fitnahnya berbanding wanita yang tidak bertudung namun berpakaian sopan dan longgar.

“Dah hampir separuh Syaaban, makin dekat Ramadan, namun makin banyak pula aksi wanita Muslimah dengan iklan baju raya yang sendat. Pakai tudung tetapi baju ketat melekat, lebih besar fitnahnya,” tulis Asma dalam satu kenyataan.

Ustazah Asma’ turut mengingatkan umat Islam tentang peringatan Rasulullah SAW berkaitan golongan wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya seperti telanjang, sebagaimana disebut dalam sebuah hadis sahih.

“Sabda Rasulullah SAW, ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, kaum yang memegang cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya.
“Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang menyimpang dan menyesatkan, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak yang sangat jauh,” jelasnya.

Beliau menerangkan, teguran tersebut bukan bertujuan memuji wanita yang tidak bertudung, sebaliknya sebagai peringatan bahawa menampakkan bentuk tubuh, terutama di bahagian dada dan punggung, boleh mencetuskan godaan hawa nafsu serta membawa kepada fitnah yang lebih besar.

Ustazah Asma’ turut membandingkan keadaan itu dengan sebahagian wanita bukan Islam yang berpakaian sopan dan longgar walaupun tidak menutup aurat, berbanding wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat dan seksi.


Sumber : ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content