$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Cara Guna SARA / Mykasih Untuk Beli Barang Dengan MyKad (Kad Pengenalan)

SHARE:

  Cara Guna SARA / Mykasih Untuk Beli Barang Dengan MyKad   TERKINI: SARA UNTUK SEMUA AKAN DIKREDITKAN MULAI ESOK 9 FEBRUARI 2026 (ISNIN).  ...

 

Cara Guna SARA / Mykasih Untuk Beli Barang Dengan MyKad

TERKINI: SARA UNTUK SEMUA AKAN DIKREDITKAN MULAI ESOK 9 FEBRUARI 2026 (ISNIN). Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA.

 

SARA ialah bantuan tunai RM100 sebulan (selama 12 bulan = RM1,200 setahun) yang kerajaan bagi kepada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang layak. Lagi satu, ada bantuan tunai Penghargaan SARA, iaitu SARA one-off RM100 untuk semua warganegara berusia 18 tahun ke atas yang akan dikreditkan pada 9 Februari ini.

Cara guna SARA ialah dengan sistem cashless, bermaksud duit tu tak diberi cash, sebaliknya diimbas dengan MyKad (Kad Pengenalan) semasa beli barang keperluan. Semakan status dan pengkreditan boleh dibuat melalui Portal Rasmi SARA.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang cara guna SARA di kedai untuk beli barang nanti.

Pengenalan SARA

SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

SARA adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2025.

Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima Penghargaan SARA RM100 secara one-off mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Apa Perbezaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM 100 One-off dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Mungkin ada yang masih keliru, apakah perbezaan bantuan SARA yang biasa dapat setiap bulan dengan SARA yang akan dikreditkan pada 31 haribulan Ogos nanti.

Untuk pengetahuan semua, SARA yang akan diterima pada 9 Februari 2026 ini adalah bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA Untuk Semua) merupakan bantuan one-off. Manakala bantuan Sumbangan Asas Rahmah pula merupakan bantuan bersasar.

Sila rujuk penerangan dalam jadual di bawah.

SARA bulanan 2026

Cara Guna SARA – Panduan Video & Soalan Lazim

Macam mana nak beli barang guna duit bantuan SARA one-off ni secara cashless guna MyKad?

Mudah je, langkah-langkah membeli barangan adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad untuk pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Imbas kod barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian
  5. Simpan resit untuk semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian

cara beli barang mykasih guna bantuan sara mykad

Sumber: Portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah https://sara.gov.my/

NOTA:

  • Duit SARA tak boleh dikeluarkan tunai, hanya untuk beli barang asas.
  • Baki tak habis bulan tu tak burn, ia akan carry forward ke bulan seterusnya.
  • Hanya barang yang diluluskan (kategori asas) sahaja boleh dibeli. Kalau beli benda tak termasuk (contoh barang elektrik, jajan, rokok), transaksi akan ditolak. Nak tengok list senarai barang yang boleh beli, rujuk kat sini : Senarai Barang MyKasih / SARA

cara beli barang mykasih guna bantuan sara mykad

Nak lagi mudah, tonton video panduan berikut :

Panduan Membeli Barangan Menggunakan MyKad (SARA)

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Tentang Cara Guna SARA

Cara cek SARA?

Bermula 5 Februari 2026, semua dah boleh semak kelayakan di portal rasmi SARA www.sara.gov.my.

SARA RM100 tu apa?

RM100 one-off adalah SARA Untuk Semua atau Penghargaan SARA yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Bantuan ini akan dikreditkan pada 9 Februari 2026.
Untuk maklumat lanjut tentang bantuan Penghargaan SARA, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ).cara guna sara

Bagaimana cara guna SARA?

Nak beli barang guna SARA ni cuma perlu bawa MyKad ke kedai yang terpilih.
Pastikan anda membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga. Kemudian, bayar menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.
Rujuk langkah di bawah dan video panduan :


Panduan video : https://youtu.be/ww52tIRzqcc

 

Kedai mana boleh beli barang SARA?

Kebanyakan pasar raya yang berdaftar seperti Lotus’s, Speedmart, MYDIN, Family Store dan sebagainya boleh beli barang SARA.
Nak tahu lebih tepat senarai kedai berdekatan anda, boleh rujuk senarai di sini
https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

  • Untuk maklumat lanjut tentang bantuan Sumbangan Asas Rahmah, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ).
  • Untuk maklumat lanjut tentang bantuan Penghargaan SARA, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ).

Rancang siap-siap, stok barang keperluan asas rumah confirm cukup sampai hujung bulan.

Kakak belanja beras, abang belanja minyak — semua boleh kongsi manfaat sebab satu keluarga berusia 18 tahun dan ke atas dapat RM100 ‘one-off’!

 

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content