$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (9 Feb 2026)

SHARE:

Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (9 Feb 2026)   Jom kita  recap  balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaa...

Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (9 Feb 2026)

bantuan insentif minggu ini

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, 9 Februari 2026..

Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif kerajaan yang telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya Bantuan Skim BARAKAT/ BERKAT, SARA Untuk Semua, Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa), MyBrain dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. SARA Untuk Semua Dikreditkan 9 Februari, Tambahan Kategori Sejuk Beku (Frozen)

Untuk makluman, kredit RM100 MyKasih bagi penerima SARA Untuk Semua telahpun dikreditkan bermula 9 Februari 2026 untuk penerima yang layak, iaitu warganegara berusia 18 tahun ke atas.

Semakan status pengkreditkan boleh dilakukan di laman web MyKasih. Kredit RM100 ini boleh dibelanjakan di kedai-kedai terpilih dengan mengemukakan kad pengenalan anda. Tak perlu terburu-buru ya, sebab ia boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.

 

Selain itu, SARA Untuk Semua kali ini telah ditambahbaik dengan perluasan kategori barangan sejuk beku (frozen food) yang kini dboleh dibeli menggunakan wang bantuan tersebut.

2. Pengumuman Diskaun Tol Sempena Tahun Baru Cina

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan DISKAUN TOL 50% untuk Kenderaan Kelas 1 sempena perayaan Tahun Baru Cina 2026!

Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia khususnya mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

  • DISKAUN TOL 50% SEMPENA PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA 2026
  • Kerajaan MADANI bersetuju memberikan diskaun tol 50% untuk kenderaan Kelas 1 (persendirian) sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2026 sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan kos perjalanan sempena musim perayaan tahun ini.
  • Diskaun ini berlaku selama dua hari seperti berikut:
    • 14 Februari 2026 (12.01 pagi) sehingga
    • 15 Februari 2026 (11.59 malam)

Save tarikh di atas & jangan lupa manfaatkan kemudahan ini untuk perjalanan yang lebih selamat dan lancar bersama keluarga tersayang.

3. Pengumuman Waktu Imsak & Berbuka (JAKIM)

Tak lama lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan kan?

Dah ada jadual waktu berbuka puasa dan imsak? Kalau nak mudah, save terus dari jadual yang telah dikongsikan oleh JAKIM bagi setiap negeri di SINI.

4. Program Kasih Ibu Tunggal 2026 – KasihnITa

Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 adalah program pemerkasaan ibu tunggal yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), KPWKM, dengan kerjasama pelbagai agensi dan pakar profesional.

Program ini secara umumnya adalah untuk membantu ibu tunggal meningkatkan ilmu, keyakinan dan keupayaan mengurus hidup. Permohonan dibuka bermula 1 Februari 2026 sehingga 20 April 2026.

 Terdapat tiga (3) modul utama dalam program ini iaitu:

  • Modul Pembangunan Psikososial.
  • Modul Kemahiran Perundangan;
  • Modul Pengurusan & Literasi Kewangan; dan

Layari portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita untuk pendaftaran di pautan: https://bit.ly/kasihibutunggal2026

Program kasih ibu tunggal 2026

5. Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara Kelantan

Bagi mereka yang menghidap kanser payudara di Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan telah menyediakan satu skim bagi membantu mereka yang menghidap penyakit ini menerusi Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara Kelantan 2026.


6. Permata Makmur Pahang 2026 – Bantuan Kelahiran Bayi RM300 (Kelahiran 2025)

Permata Makmur Pahang 2026 merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang diteruskan bagi membantu ibu bapa menyambut kelahiran anak di negeri ini.

Setiap kelahiran yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM300, yang diagihkan seperti berikut:

  • RM50
    • → Dalam bentuk barangan bayi
    • (Sebagai sokongan keperluan asas bayi)
  • RM250
    • → Penabungan ke dalam Akaun Simpan SSPN Prime (Tabung Pendidikan)
    • (Bagi tujuan simpanan dan perancangan pendidikan anak)

Permohonan boleh dibuat menerusi portal Permata Makmur Pahang (https://permatamakmur.pahang.gov.my/)

permata makmur pahang

7. iSejahtera Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM50.93 juta bagi pelaksanaan Program i-Sejahtera Fasa 1 Tahun 2026, yang akan mula disalurkan bermula 7 Februari ini, dengan pembayaran dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT).

Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada 6 kategori rakyat Pulau Pinang yang berkeperluan iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.

Bagi yang belum tahu tentang program ini, anda boleh rujuk infografik di bawah:

Untuk info lanjut permohonan dan semakan, sila layari laman web rasmi https://isejahtera.penang.gov.my/

8. Skim BERKAT / BARAKAT

YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, telah mengumumkan 2 program pembiayaan khas bernilai keseluruhan RM80 juta bagi memperkukuh akses pembiayaan kepada usahawan mikro di seluruh negara sempena Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengumuman ini melibatkan Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) oleh TEKUN Nasional dengan peruntukan RM50 juta, serta Program Pembiayaan Khas Perusahaan Mikro Milikan Cina (BERKAT) oleh SME Corp. Malaysia bernilai RM30 juta. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan akses modal yang lebih mudah, inklusif dan bersasar kepada peniaga kecil.

i) Skim BARAKAT (TEKUN Nasional)

Menawarkan pembiayaan sehingga RM30,000 dengan kadar keuntungan 3% setahun dan tempoh pembiayaan sehingga 12 bulan, khusus bagi menyokong peniaga kecil dalam sektor makanan dan minuman, pakaian serta barangan keperluan menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Info lanjut SKIM BARAKAT https://www.tekun.gov.my/skim-biaya-ramadan-perniagaan…/

barakat

ii) Skim BERKAT (SME Corp. Malaysia)

Menawarkan pembiayaan sehingga RM30,000 dengan kadar keuntungan 3% setahun kepada perusahaan mikro milikan Cina. Pembiayaan disalurkan melalui platform Peer-to-Peer (P2P) CapBay yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Info lanjut SKIM BERKAT https://capbay.com/smecorp-BERKAT

9. MyBrain 2.0

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan permohonan Program MyBrain 2.0 bagi tahun 2026 telah dibuka menerusi pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/.

Program ini dibuka kepada orang awam tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di Universiti Awam (UA) dalam negara.

Permohonan dibuka mulai 4 Februari 2026 sehingga 4 Mac 2026. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel Program MyBrain 2.0 – Permohonan Tahun 2026

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content