$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Drama Mr Perfect Ramadan

SHARE:

Saksikan Mr.Perfect Ramadan, sebuah drama bersiri mikro berunsur komedi romantik, bakal menemui penonton bermula 19 Februari, disiarkan seti...

Saksikan Mr.Perfect Ramadan, sebuah drama bersiri mikro berunsur komedi romantik, bakal menemui penonton bermula 19 Februari, disiarkan setiap hari jam 12.00 tengah hari, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Mr Perfect Ramadan
Tarikh Tayangan: 19 Februari 2026
Waktu Siaran: Setiap Hari, 12 tengah hari
Rangkaian: Tiktok Drama Sangat / tonton
Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah: Khalid Nadzri
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Muaz Zabir sebagai Syafiq
Ariana Yusof sebagai Laura
Sabri Yunus sebagai Tokwan
Amyza Aznan sebagai Che Yam
Raden Zaharatul sebagai Emy
Hazim Osman sebagai Mizi
Ziyad Imran sebagai Aris
Amanda Tan sebagai Jojo
Madina Wafa sebagai Aina

Sinopsis Mr Perfect Ramadan
Mengisahkan Syafiq (Muaz Zabir), seorang pemuda bandar berusia 25 tahun yang bercita-cita menyambung pelajaran ke Australia demi mengikut jejak langkah rakan-rakannya. Tanpa pengetahuan ibu bapanya, Anisah dan Talib, Syafiq mendapatkan surat tawaran universiti luar negara. Namun, impiannya ditentang keras kerana ibu bapanya bimbang Syafiq mudah terpengaruh dengan budaya Barat.

Sebagai jalan tengah, Anisah menetapkan satu syarat yang disangka mustahil dipenuhi Syafiq iaitu dia perlu tinggal selama 30 hari sepanjang Ramadan di kampung dan menjaga datuknya, Tokwan (Sabri Yunus) yang tinggal bersendirian. Syarat inilah yang menjadi titik tolak perubahan besar dalam hidup Syafiq.

Konflik bermula seawal ketibaannya di kampung apabila Syafiq berdepan pelbagai kesulitan, termasuk insiden tayar pancit yang menemukan dia dengan Laura (Ariana Yusof) gadis kampung yang nakal, periang dan tidak gentar menyindir egonya. Pertemuan pertama yang penuh sindiran itu menjadi permulaan kepada hubungan benci tapi suka, di mana setiap pertemuan mereka pasti berakhir dengan perbalahan kecil yang mencuit hati.

Tidak selesa dengan rutin kampung daripada bersahur makanan sederhana, berbuka di masjid hingga solat tarawih berjemaah, Syafiq merasakan kebebasannya tersekat. Namun kebijaksanaan Tokwan perlahan-lahan melembutkan hati cucunya. Di sebalik sikap tegas Tokwan, terselit kasih sayang dan didikan halus tentang kehidupan dan agama.

Hubungan Syafiq dan Laura semakin akrab apabila Syafiq mula melihat keistimewaan Laura, seorang gadis cekal yang bekerja keras, membantu orang kampung dan taat beribadah. Pelbagai momen manis tercipta, daripada belajar menggergaji buluh, menganyam ketupat sehinggalah hadiah langsir dan cadar raya yang tanpa sengaja menyinggung perasaan cinta yang terpendam.

Namun, ujian demi ujian hadir. Rakan-rakan Syafiq, Mizi (Hazim The Dukes) dan Aris (Ziyad The Dukes) dari Kuala Lumpur muncul untuk memujuknya pulang, termasuk Emy (Raden Zaharatul) yang menyimpan perasaan terhadap Syafiq, sekali gus mencetuskan rasa cemburu dalam diri Laura. Dalam kekeliruan perasaan dan nasihat bercanggah daripada rakan-rakan Laura, Syafiq berdepan dilema antara impian lama dan kebahagiaan baharu.

Sanggupkah Syafiq melepaskan impian ke luar negara demi masa depan yang lebih tenang di tanah air bersama insan yang dicintai? Adakah cinta yang hadir di bulan Ramadan cukup kuat untuk mengubah arah hidup seorang anak bandar?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content