$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

EDUCATIONAL SCHOLARSHIPS ~ BTAR 2026: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (TAJAAN BAGI DALAM NEGARA SAHAJA)

SHARE:

BTAR 2026: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman   Berita baik buat para pelajar! Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2026) kini t...

BTAR 2026: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

 

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Berita baik buat para pelajar! Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2026) kini telah dibuka bagi memberi peluang kepada pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) merupakan inisiatif yang terbuka kepada semua, dengan fokus khusus kepada pelajar berpotensi tinggi yang amat memerlukan bantuan kewangan bagi menampung yuran pengajian serta kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Selain menawarkan elaun kewangan, BTAR turut menyediakan sokongan menyeluruh melalui program kepimpinan dan mentorship bagi membentuk graduan yang berkualiti dan berdaya saing.

Dalam artikel ini, kami kongsikan maklumat lengkap mengenai Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026 serta panduan cara membuat permohonan untuk calon yang berminat.


Apa itu Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2026)

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bertujuan untuk membantu pelajar yang berpotensi tinggi dan layak supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi tempatan, sama ada awam ataupun swasta.

Oleh kerana BTAR menekankan kecemerlangan yang holistik, penerima-penerima biasiswa yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun.

Program ini akan melengkapkan Tunku Scholars dengan kemahiran, cara pemikiran dan nilai-nilai yang dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang adil dan bersatu padu.

Selain itu, penerima BTAR juga akan mendapat tajaan yuran univerisiti, elaun bulanan, elaun tahunan dan elaun sekali sepanjang biasiswa.

Kriteria / Syarat Kelayakan

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang sedang dalam pengajian ijazah sarjana muda dan bakal pelajar yang ingin meneruskan pengajian di IPTA atau IPTS swasta yang diiktiraf MQA.

1. Bagi Pelajar Yang Belum Memulakan Ijazah Sarjana Muda

  • Anda dikehendaki menamatkan pra-universiti dan juga menyambung ijazah sarjana muda selewat-lewatnya bermula Mac 2027.

2. Bagi Pelajar Yang Sedang Dalam Pengajian Ijazah Sarjana Muda

  • Anda harus mempunyai baki sekurang-kurangnya dua tahun dalam pengajian.

Semua permohonan akan dinilai secara holistik berdasarkan pelbagai kriteria, namun keutamaan akan diberikan kepada calon yang:

  • Pernah atau sedang mengatasi cabaran hidup.

  • Mempunyai potensi daya kepimpinan dan komited untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

  • Berasal daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5,250 sebulan.

Cara Permohonan BTAR 2026

Semua calon yang berminat boleh membuat permohonan secara online dengan mengikut langkah berikut:

  1. Layari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman

  2. Tekan “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan.

  3. Lengkapkan borang permohonan.

  4. Tulis esei permohonan.

  5. Tunggu panggilan temuduga.

  6. Semak keputusan penawaran biasiswa.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan BTAR akan ditutup pada 8 April 2026 (Rabu), pukul 2 petang

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Yayasan Tunku Abdul Rahman di alamat berikut:

A-10-10, Blok A, Menara UOA, 
Jalan Bangsar Utama 1,
Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

contactus@yayasantar.org.my

+603 2283 6063

ATAU, boleh juga hantarkan pertanyaan anda di pautan ini: https://www.yayasantar.org.my/ytar-hubungi-kami


Soalan Lazim – Biasiswa Tunku Abdul Rahman

PERMOHONAN PROSES

1. Bilakah saya akan mendapat maklum balas selepas menghantar permohonan?

Bagi keputusan BTAR, setiap pemohon akan menerima e-mel jika anda dipanggil untuk temuduga pada hujung bulan Jun 2026. Sila periksa peti masuk spam anda juga. Kami juga akan menyiarkan pemberian e-mel tersebut melalui media sosial kami, jadi nantikan!

2. Di manakah saya boleh membuat permohonan biasiswa BTAR?

Layari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman’s www.yayasantar.org.my dan tekan “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan.

3. Bilakah tarikh tutup permohonan?

Tarikh akhir permohonan biasiswa ialah pada 8 April 2026, pukul 2 petang. Bagi mengelakkan sebarang masalah penghantaran yang mungkin berlaku disebabkan oleh peningkatan jumlah permohonan berhampiran tarikh akhir, kami amat menggalakkan anda untuk menghantar permohonan anda lebih awal. Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

4. Apakah proses permohonan BTAR?

Proses permohonan BTAR boleh didapati di https://www.yayasantar.org.my/ytar-biasiswa-tar

5. Bahasa apa yang perlu saya guna untuk mengisi borang permohonan?

Anda boleh mengisi borang permohonan sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

6. Dokumen apa yang boleh diserahkan sebagai bukti?

Bukti dokumen adalah dilampirkan dalam borang permohonan dalam bentuk portfolio kerja atau surat sokongan. Anda boleh melampirkan hanya dua dokumen sahaja.

7. Bolehkah saya menggunakan keputusan semester sebelum ini jika saya tidak memperolehi result STPM?

Ya, anda boleh menggunakan keputusan semester sebelum ini. Sila ambil tahu bahawa kami mungkin akan meminta keputusan STPM terbaharu jika anda dipanggil untuk temu duga pada bulan Julai.

8. Dokumen sokongan apa yang perlu dilampirkan jika kedua-dua ibu bapa saya tidak lagi bekerja atau tidak dapat memberikan lampiran?

Anda perlu menyediakan surat pengisytiharan untuk menyatakan bahawa ibu bapa anda tidak bekerja atau tidak dapat menyokong anda. Surat tersebut hendaklah ditandatangani oleh pihak berkuasa yang berkenaan seperti pesuruhjaya sumpah, pengetua sekolah, ketua kampung atau yang setaraf dengannya.

9. Siapakah yang harus menulis surat sokongan saya?

Surat sokongan anda boleh ditulis oleh individu yang mengenali anda dalam kapasiti profesional. Anda diperlukan untuk menyediakan nama dan butiran kenalan individu yang menulis surat cadangan anda.

10. Apakah yang perlu dilakukan jika saya menghadapi masalah teknikal semasa menghantar borang permohonan?

Sila hantarkan emel kepada kami ke admin@yayasantar.org.my berserta tangkapan skrin masalah tersebut. Pihak kami akan membalas pertanyaan anda.

11. Bagaimanakah temuduga akan dijalankan?

Semua temu duga akan dijalankan secara maya dan anda akan disediakan dengan maklumat relevan jika anda dipanggil untuk temu duga.

12. Bagaimanakah saya boleh mengetahui jika permohonan BTAR saya telah dihantar dan diterima oleh pihak YTAR?

Semua pemohon akan menerima e-mel yang mengatakan permohonan anda telah diterima oleh YTAR. Sila menyemak e-mel yang anda telah daftarkan di dalam borang permohonan dan juga menyemak ruangan spam anda.

13.  Adakah sebuah sesi informasi akan dilakukan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang biasiswa ini?

Pihak YTAR akan menjalankan sesi informasi dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Maklumat lanjut tentang sesi informasi boleh didapati di https://linktr.ee/yayasantar. Jika anda ingin mengadakan sesi informasi untuk universiti atau komuniti anda, sila e-mel kami di admin@yayasantar.org.my.


KRITERIA KELAYAKAN

1. Apakah kursus sarjana muda yang layak untuk BTAR?

Semua program ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) tempatan yang telah diakreditasi oleh MQA layak memohon BTAR, termasuk kursus profesional seperti Perubatan dan Pergigian.

2. Adakah pelajar separuh masa dibenarkan untuk memohon?

Tidak, hanya pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa dibenarkan untuk memohon.

3. Jika CGPA semasa dibawah 3.0, adakah saya layak untuk memohon biasiswa ini?

Ya, anda layak untuk memohon biasiswa ini kerana BTAR tidak mempunyai syarat kelayakkan PNGK. Namun begitu, jika anda diterima sebagai seorang Tunku Scholar, anda diminta untuk mengekalkan PNGK 3.0 keatas sepanjang ijazah sarjana muda anda.

4. Adakah saya layak untuk memohon jika ibu bapa saya bukan warganegara Malaysia, tetapi saya memiliki kewarganegaraan?

Ya, anda layak untuk memohon biasiswa ini.

5. Saya belum memiliki surat tawaran daripada universiti, adakah saya layak untuk memohon?

Ya, anda layak untuk memohon sama ada anda sedang melanjutkan atau telah menamatkan program pra-universiti. Namun pelajar yang disenarai pendek perlu menyediakan surat tawaran universiti pada bulan September.

6. Boleh saya memohon untuk PTPTN sebelum memohon untuk biasiswa?

Status pinjaman PTPTN tidak akan menjadi isu semasa memohon biasiswa ini. Jika anda ditawarkan biasiswa ini, anda perlu menamatkan pinjaman PTPTN kerana pihak YTAR akan menanggung pembiayaan pembelajaran dibawah program biasiswa kami.

7. Adakah ini menjadi isu jikalau saya memohon untuk biasiswa lain semasa memohon untuk BTAR?

Tidak, ini tidak akan menjadi isu kerana kami mengalakkan pemohon untuk melihat pelbagai biasiswa dan bentuk bantuan kewangan yang paling sesuai untuk anda.

8. Adakah saya dibenarkan untuk memohon semula jika saya telah memohon sebelum ini?

Ya, kami sangat menggalakkan mereka yang telah memohon biasiswa sebelum ini untuk memohon semula.

9. Saya ingin menyambung ijazah sarjana muda di luar negara. Bolehkan saya menggunakan BTAR disana?

BTAR hanya akan menaja pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dan swasta di Malaysia.

10. Saya masih di dalam pra-universiti. Adakah saya layak untuk memohon biasiswa ini walaupun tidak lagi menerima tawaran ijazah sarjana muda?

Ya, anda layak untuk memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Sila pastikan anda menamat pra-universiti dan menerima tawaran ijazah sarjana muda yang akan bermula selewat-lewatnya pada Mac 2027.

11. Adakah Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka untuk pelajar SPM atau pelajar pasca-sarjana (ijazah sarjana/doktor falsafah)?

Biasiswa Tunku Abdul Rahman tidak dibuka kepada pelajar SPM ataupun pasca-sarjana kerana kami hanya menyokon pelajar ijazah sarjana muda sahaja.

12. Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun baki pengajian?

Anda dianggap mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun baki pengajian sekiranya tarikh tamat pengajian rasmi anda adalah selepas September 2028. Maklumat ini boleh disemak melalui surat tawaran, atau portal universiti anda.

PROGRAM BIASISWA

1. Apakah elaun yang diberikan kepada penerima BTAR?

BTAR termasuk tajaan penuh yuran pembelajaran di universiti awam atau swasta yang diiktiraf oleh MQA dan elaun bulanan, tahunan dan elaun lain-lain. Anda boleh rujuk senarai penuh elaun di https://www.yayasantar.org.my/biasiswa-tar

2. Adakah penerima BTAR terikat dengan YTAR atau organisasi lain?

Tidak, penerima tidak perlu bekerja denganYTAR atau organisasi khusus yang lain selepas menamatkan peringkat sarjana.

3. Adakah program pembangunan kepimpinan 2 tahun wajib bagi semua penerima BTAR?

Ya, program pembangunan kepimpinan 2 tahun wajib bagi semua penerima BTAR.

4. Adakah penerima biasiswa dikehendaki membayar balik kepada Yayasan setelah menamatkan ijazah sarjana muda ataupun terikat secara kontrak kepada Yayasan?

Tidak, penerima biasiswa tidak perlu membayar balik apa-apa kepada Yayasan setelah menamatkan ijazah sarjana muda dan juga tidak terikat kepada Yayasan secara kontrak. Namun begitu, para penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat secara am setelah menamatkan pelajaran sebagai salah satu cara memberi balik kepada negara. Perkhidmatan ini boleh dijalankan dengan pelbagai cara seperti bekerja dengan kerajaan, menjadi sukarelawan ataupun memberi balik kepada pembangunan komuniti anda. Yayasan Tunku Abdul Rahman melihat program biasiswa ini sebagai sebuah pelaburan kepada masa depan Malaysia dan ingin menggalakkan penerima biasiswa ini untuk menggunakan pendidikan dan kemahiran untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

5. Sebagai seorang Scholar, berapa Kem Pembangunan Diri harus saya hadiri sepanjang program pembangunan kepemimpinan 2 tahun?

Secara keseluruhan, anda perlu hadir 4 Kem Pembangunan Diri dan 1 Kem Induksi Alumni selama 2 tahun. Kem Pembangunan Diri akan diadakan secara maya dan juga secara fizikal disekitar Lembah Klang.

 

 Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content