$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

TAPEM: Dermasiswa Pengajian Islam Dalam & Luar Negara [-TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA-] ~ 2026/2027

SHARE:

TAPEM: Dermasiswa Pengajian Islam Dalam & Luar Negara     Tabung Pendidikan Amanah Negeri Melaka (TAPEM) kini menawarkan Dermasiswa Peng...

TAPEM: Dermasiswa Pengajian Islam Dalam & Luar Negara

 

dermasiswa pengajian islam

 

Tabung Pendidikan Amanah Negeri Melaka (TAPEM) kini menawarkan Dermasiswa Pengajian Islam Dalam dan Luar Negara yang boleh dipohon menerusi https://tapemonline.melaka.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai dermasiswa ini.

Mengenai Dermasiswa Pengajian Islam

Dermasiswa Pengajian Islam ini merupakan bantuan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar daripada bidang Pengajian Islam yang melanjutkan pengajian di IPT sama ada dalam atau luar negara.

 

Bantuan pendidikan ini diwujudkan oleh TAPEM, iaitu tabung yang berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10 yang mana pengerusinya adalah YAB Ketua Menteri Melaka.

Menerusi dermasiswa ini, ini akan menggalakkan lebih ramai pelajar daripada negeri Melaka untuk menyambung pengajian di bidang itu.


Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 JANUARI – 30 JUN 2026.


Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon lahir di Negeri Melaka.

  2. Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka.

  3. Bermastautin di Negeri Melaka.

  4. Pengundi di Negeri Melaka.

  5. Pemohon mesti mengikuti pengajian di IPT yang tersenarai di bawah tajaan TAPEM dan IPT tersebut mesti mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (PT) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

  6. Mendapat kepujian Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM.

  7. Mendapat sekurang – kurangnya (A) dalam 1 mata pelajaran Bidang Pengajian Islam di peringkat SPM.

  8. Pihak pengurusan TAPE berhak memutuskan permohonan yang difikirkan layak.

  9. Pemohon yang ahli keluarganya peminjam TAPE yang mempunyai tunggakan tidak layak memohon.


Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus iaitu:

1- Dalam Negara Ijazah

  1. Memperolehi Jayyid Jiddan atau Mumtaz di peringkat STAM atau GPA: 3.00 di peringkat Diploma / STPM / Asasi

  2. Calon memperolehi keputusan Jayyid di peringkat STAM atau GPA: bawah 3.00 di peringkat Diploma / STPM / Asasi boleh memohon dengan syarat keputusan tahun 1 peringkat ijazahnya Jayyid Jiddan atau CGPA: 3.00 keatas

2- Luar Negara Ijazah (STAM/Diploma)

  1. Memperolehi Jayyid Jiddan tau Mumtaz di peringkat STAM atau CGPA: 3.00 di peringkat Diploma / STPM / Asasi

  2. Calon memperolehi keputusan Javvid di peringkat STAM atau CGPA: bawah 3.00 di peringkat Diploma / STPM / Asasi boleh memohon dengan syarat keputusan tahun
    1 peringkat ijazahnya Jayyid Jiddan atas atau CGPA: 3.00 keatas.

  3. Lulus Imtihan Tahdid Mustawa (uiian penentuan tahap penguasaan Bahasa Arab) layak naik tahun 1.

3- Luar Negara Ijazah (SPM)

  1. Mendapat sekurang-kurangnya (B) dalam matapelajaran wajib (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik) dan

  2. Lulus latihan Tahdid Mustawa (ujian penentuan tahap penguasaan Bahasa Arab) layak naik tahun.


Cara Memohon

Permohonan bolah dibuat menerusi laman web TAPEM iaitu https://tapemonline.melaka.gov.my.


Soalan Lazim

Bilakah tarikh permohonan bagi dermasiswa ini?

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2026.

Jika ibu dan bapa saya tidak lahir daripada Negeri Melaka, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Ibu atau bapa pemohon mestilah lahir daripada Negeri Melaka.

Adakah dermasiswa ini hanya untuk pemohon yang lahir di Negeri Melaka sahaja?

Ya. Dermasiswa ini hanya untuk pemohon yang lahir di Negeri Melaka sahaja.

Bagaimanakah cara untuk memohon dermasiswa ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://tapemonline.melaka.gov.my.

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Dermasiswa Pengajian Islam, sila layari laman web https://tapem.melaka.gov.my/.

 

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content