$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

KPM laksana kurikulum baharu persekolahan Tahun Satu, Tingkatan Satu bermula tahun depan 2027

SHARE:

  KPM laksana kurikulum baharu persekolahan Tahun Satu, Tingkatan Satu bermula tahun depan Kurikulum persekolahan yang baharu dijadualkan mu...

 

KPM laksana kurikulum baharu persekolahan Tahun Satu, Tingkatan Satu bermula tahun depan


Kurikulum persekolahan yang baharu dijadualkan mula dilaksanakan pada tahun hadapan, melibatkan peringkat sekolah rendah dan menengah, lapor BH Online.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pelaksanaannya pada fasa awal hanya membabitkan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu terlebih dahulu.

“Berkenaan kurikulum yang sedang diguna pakai oleh KPM, ia sememangnya akan digunakan untuk satu tempoh dan apabila sampai sesuatu tempoh, kita akan memperkenalkan kurikulum bagi persekolahan baharu.
“Bagi tahun depan, kita perkenalkan kurikulum persekolahan yang melibatkan Tingkatan Satu dan Tahun Satu, manakala tahun yang akan datang, 2028… ia juga akan merangkumi Tingkatan Dua dan Tahun Dua.
“Daripada situ kita akan menyusun berkaitan dengan kurikulum,” katanya pada sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA–Muar) yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung tempoh pelaksanaan kurikulum baharu itu serta sama ada Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan garis masa tertentu untuk membuat penilaian semula.

Menurut Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Taiping, semakan terhadap kurikulum tidak dilakukan secara berkala mengikut tempoh tetap sebaliknya dibuat berdasarkan keperluan semasa dan perkembangan yang dikenal pasti.

“Ia (semakan) boleh dilakukan dari semasa ke semasa, tapi pihak KPM selalu pastikan ia selaras Falsafah Pendidikan Negara. Pada masa sama, ia harus seimbang dengan kesemua segmen dipertimbangkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menegaskan supaya KPM memastikan kandungan mata pelajaran Sejarah tidak dipengaruhi unsur politik kepartian.

Beliau berpandangan, silibus berkenaan perlu kekal objektif dan berteraskan fakta agar tidak disalah tafsir atau dijadikan medium mempromosikan mana-mana pihak.

“Dalam kita ingin menyemak kurikulum atau memasukkan input sejarah baharu (dalam subjek Sejarah), saya harap kementerian sangat berjaga-jaga kerana lensa sejarah kalau diwarnai politik kepartian, walaupun memihak kepada kita, boleh menyebabkan ibu bapa tidak selesa menghantar anak ke sejenis sekolah dan akhirnya menyebabkan negara rugi secara keseluruhan.
“Kalau kita fokus soal keprihatinan rakyat secara am, (misalnya) isu Rukun Negara, tak ada orang yang akan bangkang. Namun jika diselit (politik kepartian), takut ia diperbesarkan dan perkara yang baik (dalam buku teks Sejarah) akan tercicir,” ujarnya.

Kah Woh yang bersetuju dengan pandangan Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa KPM sememangnya memastikan kurikulum Sejarah kekal relevan, seimbang serta bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian dan menegaskan bahawa itu merupakan pendirian rasmi Kementerian.

Sumber: BH Online (Latifah Arifin)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content