$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Media luar dakwa Azam Baki miliki saham RM800,000? Lebih had bagi penjawat awam!!!~

SHARE:

Media luar dakwa Azam Baki miliki saham RM800,000? Lebih had bagi penjawat awam     Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjadi perhat...

Media luar dakwa Azam Baki miliki saham RM800,000? Lebih had bagi penjawat awam

 
 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjadi perhatian selepas laporan Bloomberg mendakwa beliau memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partners Berhad bersamaan pegangan 1.7 peratus dan bernilai hampir RM800,000, jauh melebihi had RM100,000 bagi penjawat awam.

Azam Baki enggan ulas pendedahan tersebut

Memetik laporan daripada Malaysiakini, sumber mengesahkan perkara itu melalui rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), namun Azam enggan mengulas ketika dihubungi.

Isu Azam Baki pegang saham bukan kontroversi pertama

Difahamkan, isu pegangan saham Azam bukan kali pertama mencetus kontroversi.

Sebelum ini, beliau didakwa turut memiliki saham Gets Global Berhad (dahulunya KBES Berhad) dan waran Excel Force MSC Berhad ketika peraturan had RM100,000 telah berkuat kuasa.

Pada Januari 2022, Azam menegaskan saham tersebut dibeli oleh adiknya yang meminjam namanya dan tiada bukti perdagangan proksi ditemui Suruhanjaya Sekuriti kerana beliau mempunyai “kawalan” ke atas akaun dagangannya sendiri.

azam baki

Sejak menjadi Perdana Menteri pada November 2022, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan terus menyokong Azam dan menegaskan ketua SPRM itu sebagai satu-satunya pegawai berani mengambil tindakan terhadap pemimpin rasuah.

Malaysiakini juga melaporkan, Anwar turut melanjutkan kontrak Azam sebanyak tiga kali selepas usia persaraan dengan kontrak semasa dijadualkan tamat pada 12 Mei 2026, dan Azam memberi bayangan akan bersara sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, selepas pendedahan Bloomberg, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa Anwar untuk merehatkan atau menamatkan kontrak Azam bagi membolehkan satu siasatan baru dijalankan oleh SPRM atau polis.

“Tiada pilihan lain jika PM Anwar jujur untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa ke akar umbi,” katanya.

Hassan menambah bahawa sokongan berterusan terhadap Azam telah menjejaskan kredibiliti kerajaan dalam usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Perkembangan terbaru ini dimaklumkan telah menimbulkan persoalan mengenai integriti pegawai tertinggi SPRM dan peranan Perdana Menteri dalam memastikan akauntabiliti dijalankan tanpa kompromi, terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan pegangan saham yang melebihi had ditetapkan bagi penjawat awam.

Sumber: Malaysiakini, Bloomberg / ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content