$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Pengumuman Puasa 2026 & Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan di Malaysia - 1447H

SHARE:

Pengumuman Puasa 2026 & Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan di Malaysia Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan p...

Pengumuman Puasa 2026 & Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan di Malaysia

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang 17 Februari bersamaan 29 Syaaban 1447H.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui melalui radio dan televisyen.

Setiap tahun jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di beberapa lokasi seluruh negara.

Tarikh permulaan puasa dijangka 19 Februari 2026, bergantung kepada penampakan anak bulan berkenaan.

Sumber: TV1

Tarikh / Waktu Pengumuman Puasa 2026 [LIVE]

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Nantikan Pengisytiharan Permulaan Puasa Tahun 1447H/2026M pada ketetapan berikut:

  • 17 Februari 2026 (Selasa)
  • Siaran langsung di saluran RTM @ RTMKlik @ TV1

[LANGSUNG] Pengisytiharan Tarikh Mula Puasa 2026 / Ramadan 1447H | 17 Feb 2026 – Ihsan RTM

Jadual Tarikh Penting Dalam Islam & Tarikh Mula Puasa 2026

Sementara itu, mengikut kiraan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) seperti mana diterbitkan di dalam Almanak Falak Syarie Malaysia (AFSM) dan kalendar JAKIM, tarikh 1 Ramadan dijangka bermula pada 19 Februari 2026.

Pengisytiharan Permulaan Tarikh Puasa Tahun 2026
Sumber: JAKIM

Doa Apabila Melihat Anak Bulan Ramadan

Rasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:

اللهُÙ…َّ Ø£َÙ‡ِÙ„َّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ†َا بِالْÙŠُÙ…ْÙ†ِ ÙˆَالْØ¥ِيمَانِ، ÙˆَالسَّلامَØ©ِ ÙˆَالْØ¥ِسْلامِ، رَبِّÙŠ ÙˆَرَبُّÙƒَ اللهُ

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Perbanyakkan berdoa dan memohon keampunan agar kita diberikan sebanyak-banyak kesempatan untuk melaksanakan amalan soleh. In sha Allah.

tarikh mula puasa

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Malaysia 2026 / 1447H

#NEGERI
1Sabah
2Wilayah Persekutuan Labuan
3Sarawak
4Johor
5Melaka
6Negeri Sembilan
7Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
8Selangor
9Pahang
10Terengganu
11Kelantan
12Perak
13Kedah
14Perlis
15Pulau Pinang

Sumber : ecentral.my


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content