$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

PPF JPA: Program Khas Perubatan, Pergigian & Farmasi Ijazah Pertama [-PROGRAM KHAS JABATAN PERDANA MENTERI-]

SHARE:

PPF JPA: Program Khas Perubatan, Pergigian & Farmasi Ijazah Pertama   Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar yang sedang meng...

PPF JPA: Program Khas Perubatan, Pergigian & Farmasi Ijazah Pertama

 

ppf jpa

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Universiti Awam (UA) melalui saluran perdana sahaja untuk memohon penajaan Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Ijazah Pertama (PPF) Tahun 2026 mulai 13 Januari 2026 (Selasa) hingga 19 April 2026 (Ahad) yang boleh dipohon menerusi https://penajaan.jpa.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai penajaan ini.

 

Apakah Itu PPF?

Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Ijazah Pertama (PPF) Tahun merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar peringkat ijazah pertama dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA) melalui saluran perdana sahaja.

Penajaan berdasarkan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dengan kemudahan pengecualian bayaran balik pinjaman berdasarkan ikatan kontrak berkhidmat dengan Sektor Awam.

Ini bermakna, pelajar bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu tamat pengajian dengan jaya (tanpa atau dengan pelanjutan) dan menunaikan ikatan kontrak berkhidmat dengan Sektor Awam seperti yang ditetapkan dalam dokumen perjanjian.

Tempoh ikatan kontrak berkhidmat dalam Sektor Awam seperti berikut:

  • Perubatan : 5 tahun

  • Pergigian : 3 tahun

  • Farmasi : 3 tahun

Bagi pelajar bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi yang enggan berkhidmat dengan Sektor Awam tidak layak mendapat pengecualian bayaran balik dan perlu membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.


Syarat Umum

Syarat umum untuk membuat permohonan penajaan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;

  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;

  3. Ibu dan/ atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA. Bagi tujuan permohonan ini, sila pastikan pemohon/ibu/bapa adalah bebas daripada tindakan undang-undang/disenarai hitam pinjaman JPA. Jika pemohon/ibu/bapa didapati telah dikenakan tindakan undang-undang/disenarai hitam, sila hubungi Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi di talian 03-8885 3475/3492 atau e-mel kutipan@jpa.gov.my (waktu pejabat sahaja) dalam tempoh 13 Januari 2026 hingga 10 April 2026 untuk penyelarasan lanjut. Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan akan diterima selepas daripada tempoh yang ditetapkan;

  4. Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon.

  5. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

  6. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  7. Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).


Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.

  2. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.

  3. Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan.

  4. Pelajar yang sedang memohon pertukaran kursus/ bidang pengajian (termasuk bidang selain perubatan, pergigian dan farmasi) dan belum diluluskan oleh institusi pengajian adalah tidak dibenarkan memohon PPF.

  5. Tiada penangguhan pengajian sebelum calon memohon.

  6. Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
    – Bagi kategori pelajar yang sedang mengikuti pengajian pada semester pertama di peringkat Ijazah Pertama dan belum memperoleh keputusan semasa di peringkat pengajian tersebut, hendaklah memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50 atau setara di peringkat Persediaan/ Asasi Universiti Awam/ Matrikulasi KPM/ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Diploma.
    – Bagi kategori pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama, hendaklah memperoleh keputusan semasa seperti berikut:
    a) “Lulus” dalam bidang Perubatan dan Pergigian; atau
    b) PNGK sekurang-kurangnya 3.30 dalam bidang Farmasi; dan
    c) Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/ semasa.


IPT Yang Ditaja

IPT yang ditaja bagi program ini adalah seperti berikut:

  • Universiti Malaya (UM)

  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


Cara Memohon

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di https://penajaan.jpa.gov.my bermula 13 Januari 2026 (jam 5.00 petang) hingga 19 Aprll 2026 (jam 5.00 petang). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.


Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

  • Permohonan dibuka: 13 Januari 2026 (Selasa) | 5.00 petang

  • Permohonan ditutup: 19 April 2026 (Ahad) | 5.00 petang

  • Jangkaan Keputusan: Minggu Kedua September 2026

  • Sesi Mula Tajaan: September 2026


Soalan Lazim

Apakah itu Program Khas PPF Tahun 2026?

Program Khas ini merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar peringkat ijazah pertama
dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA) melalui saluran perdana sahaja.

Bilakah tarikh keputusan permohonan program ini akan dimaklumkan?

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan dalam portal https://penajaan.jpa.gov.my pada minggu kedua bulan September 2026. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal berkenaan.

Saya mendapat penajaan JPA, tetapi saya tidak mempunyai akaun Bank Islam. Adakah saya perlu membuka akaun sendiri atau pihak JPA akan membantu untuk membuka akaun bagi membolehkan saya mendapat penajaan JPA?

Pembukaan akaun bank kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tajaan akan diselaraskan oleh JPA dengan kerjasama pihak bank.

Apakah bidang yang tidak ditaja oleh JPA?

– Program-program berbentuk francais universiti awam;
– Program-program berkembar/ ijazah dual/ double degree/ program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan; dan
– Program pengajian secara separuh masa/ jarak jauh/ dalam talian.
– Program pengajian tanpa subsidi yuran pengajian/ private wing/ saluran terbuka/ saluran alternatif/ saluran komersial


Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh hubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 4:30 petang atau e-melkan kepada ppfip2026@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

 

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content