$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Sumbangan Asas Rahmah 2026 (SARA 2026)

SHARE:

  Sumbangan Asas Rahmah 2026 (SARA 2026)   TERKINI: SARA UNTUK SEMUA AKAN DIKREDITKAN MULAI ESOK 9 FEBRUARI 2026 (ISNIN).  Semakan bayaran b...

 

Sumbangan Asas Rahmah 2026 (SARA 2026)

sumbangan asas rahmah

TERKINI: SARA UNTUK SEMUA AKAN DIKREDITKAN MULAI ESOK 9 FEBRUARI 2026 (ISNIN). Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan bantuan tambahan yang memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan golongan Miskin / Miskin Tegar eKasih.

Penerima STR 2026 akan menerima bantuan SARA 2026 sebanyak RM100–RM200 sebulan selama 12 bulan (Januari–Disember 2026). Selain itu, bantuan SARA RM100 one-off akan diberikan pada pertengahan Februari 2026 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan disalurkan terus ke MyKad penerima.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tanpa tunai yang disalurkan terus ke MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara.

Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya melalui kredit yang boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan asas yang telah disenaraikan, seperti beras, minyak masak, tepung, susu, telur, ikan, ayam, sayur, dan pelbagai lagi keperluan dapur. 

Mulai tahun 2026, bantuan ini diagihkan melalui program MyKasih untuk memudahkan penerima membeli barangan asas keperluan harian seperti beras, minyak masak, telur, sayur, dan pelbagai lagi.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh negara — termasuk pasar raya besar seperti Giant, Mydin, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan seperti kedai Pak Mat di hujung jalan.

Secara keseluruhan, bantuan ini meliputi 90,000 jenis barangan dalam 14 kategori, termasuk roti, lampin pakai buang, ubat seperti Panadol, alat tulis, sabun mandi, dan banyak lagi.

Cara gunanya pun mudah. Hanya perlu tunjukkan MyKad di kaunter pembayaran ketika membeli barang di bawah SARA.

Menariknya, baki kredit yang tidak digunakan tidak akan tamat tempoh dalam bulan yang sama, sebaliknya boleh dibelanjakan sehingga 31 Disember 2026.

Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri mengumumkan berita gembira: setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 SARA secara one-off pada 9 Februari 2026 (Isnin).

SARA bulanan 2026

Aplikasi MyKasih/ SARA 2026

Aplikasi MyKasih untuk SARA 2026 boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store (untuk Android) dan Apple App Store (untuk iOS). 

Aplikasi ini membolehkan penerima bantuan semak baki kredit SARA dalam akaun MyKad mereka, melihat jenis barangan yang boleh dibeli, serta mencari kedai runcit berdaftar yang menerima pembayaran secara cashless menggunakan MyKad.

Pautan muat turun rasmi aplikasi MyKasih

Siapa Yang Layak Menerima Sumbangan Asas Rahmah SARA 2026?

Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala. 

TIADA PERMOHONAN DIPERLUKAN. ANDA TIDAK PERLU MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN SARA 2026. 

SARA 2026 turut diperluas kepada semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih:

  • Warganegara Malaysia; dan 
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan 
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.

SARA STR 2026:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA 2026

Jumlah bantuan SARA 2026 berbeza mengikut kategori penerima:

 

Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih dengan ketetapan seperti berikut:

Data eKasihKeputusan Kelayakan / Pembayaran
31 Januari 2026 (layak SARA 2026 mulai Januari 2026)April 2026
30 April 2026 (layak SARA 2026 mulai April 2026)Julai 2026
31 Julai 2026 (layak SARA 2026 mulai Julai 2026)Ogos 2026
30 Oktober 2026 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2026)November 2026

Semakan Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah

Semakan kelayakan  Sumbangan Asas Rahmah, SARA 2026 boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Surat pemakluman

  • Surat lulus STR 2026 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR

2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)

  • Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.

3. Semakan terus melalui portal rasmi 

  • Sila klik di sini untuk semakan melalui Portal Rasmi LHDN
  • Sila klik di sini untuk semakan melalui Portal rasmi MyKasih
Semakan kelayakan SARA melalui portal LHDN

 

Semakan kelayakan SARA melalui portal MyKasih

4. Hubungi

  • Semakan kelayakan SARA
    • Hubungi BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) 
  • Semakan pelaksanaan SARA
    • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Tarikh Bayaran Dikreditkan

Bantuan MyKasih atau SARA bagi tahun 2026 akan dimasukkan mengikut jadual seperti berikut:

Kategori Penerima STR 2026Penerima STR 2026 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasihPenerima STR 2026 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih
Isi Rumah
(Tiada had umur)
RM2,400
RM200/bulan (Januari-Disember)
RM1,200
RM100/bulan (Januari-Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM1,800
RM150/bulan (Januari-Disember)
RM600
RM50/bulan (Januari-Disember)
Bujang
(21-59 tahun)
RM1,200
RM100/bulan (Januari-Disember)

RM600
RM50/bulan (Januari-Disember)
Nota : Amaun kelayakan SARA 2026 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2026
diluluskan

Kategori Barangan yang Boleh Dibeli MYKASIH/SARA 2026

Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 24 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.

  1. Beras
  2. Buku
  3. Perubatan
  4. Penjagaan Mulut
  5. Pembersih Tandas
  6. Telur
  7. Pembersih Lantai
  8. Syampu
  9. Beg Sekolah
  10. Perasa
  11. Mee
  12. Minuman
  13. Makanan Dalam Tin
  14. Biskut
  15. Minyak Masak
  16. Sabun Basuh Pinggan
  17. Makanan Sejuk Beku
  18. Roti
  19. Pencuci Badan
  20. Pencuci Pakaian
  21. Tepung
  22. Tuala Wanita
  23. Alat Tulis
  24. Seragam

Cara Membeli Barang Menggunakan MYKASIH/SARA 2026

Tunjuk MyKad di kaunter untuk juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. Masukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.

Cara Membeli Barang Menggunakan MYKASIH/SARA 2025
Cara Membeli Barang Menggunakan MYKASIH/SARA 2026

Langkah-langkah membeli barangan:

  1. Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barang yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian. 

NOTA: Semasa melakukan pembelian pertama di kedai, penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru di terminal juruwang.

Terlupa PIN MyKasih – Cara Reset PIN dalam Aplikasi MyKasih

  1. Muat turun Aplikasi MyKasih di sini
  2. Layari Profil
  3. Pilih Tetapkan Semula PIN
  4. Nombor PIN sementara (6-digit pertama MyKad) anda akan dipaparkan
  5. Tukar nombor PIN sementara kepada nombor pin baharu di terminal juruwang semasa transaksi anda yang seterusnya.

Jika anda menghadapi masalah memuat turun atau mengakses Aplikasi MyKasih, sila hubungi talian khusus berikut: 03 – 7720 1800 (8.30 pagi – 5.30 petang, Isnin – Jumaat, kecuali pada cuti umum)

Senarai Kedai

Anda rujuk senarai kedai yang menerima pembelian menggunakan SARA 2026 di sini: Senarai Kedai SARA 2026

Masukkan nama Bandar dan Negeri kemudian, klik Cari. Senarai kedai yang menerima MyKasih atau SARA akan dipaparkan pada halaman ini.

Senarai Kedai SARA 2025Senarai Kedai SARA 2026

Anda juga boleh rujuk  senarai kedai yang menerima SARA setiap negeri di sini:

Cara Semak Baki Sumbangan Asas Rahmah/MyKasih 2026

Anda boleh menyemak baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 atau MyKasih dengan beberapa cara berikut:

1. Semakan melalui portal MyKasih:

  • Layari portal semakan MyKasih
  • Klik pada “Semak Status”, masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) tanpa tanda sempang, kemudian masukkan captcha yang diberikan.
  • Tekan butang “Semak Status” untuk melihat baki dan status bantuan.

2. Melalui aplikasi MyKasih (MyKasih App):
Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Google Play atau Apple App Store. Setelah log masuk menggunakan nombor MyKad, anda boleh menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai runcit terdekat.

Aplikasi MyKasih
Gunakan Aplikasi MyKasih untuk Membuat Semakan Baki, Senarai Barang dan Lokasi

3. Semakan melalui talian telefon:
Anda juga boleh menghubungi LHDNM di 1-800-88-2747 atau Kementerian Kewangan di 03-8882 4565 / 4566 pada waktu operasi 9 pagi hingga 5 petang untuk pertanyaan baki dan status bantuan SARA.

4. Semakan status melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
Untuk penerima STR yang juga sebahagian program ini, boleh semak di Portal Rasmi LHDN dengan memasukkan nombor MyKad dan log masuk untuk melihat maklumat pembayaran dan baki.

Sumbangan Asas Rahmah SARA 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 ialah inisiatif kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat melalui bantuan tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke MyKad, bukan ke akaun bank. Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di kedai rakan niaga MyKasih di seluruh negara.

Bagi tahun 2026, kerajaan turut mengumumkan Bantuan Penghargaan SARA one-off RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira status STR. Bayaran ini akan disalurkan pada pertengahan 9 Februari 2026 melalui MyKad.

Selain itu, penerima STR 2026 yang layak akan menerima bantuan SARA secara bulanan sepanjang Januari hingga Disember 2026, dengan kadar berbeza mengikut kategori:

  • Miskin Tegar / Miskin eKasih: RM100 – RM200 sebulan
    (Januari 2026 – Disember 2026).
  • Isi rumah / warga emas / bujang selain eKasih: RM50 – RM100 sebulan
    (Januari 2026 – Disember 2026).

Secara keseluruhan, penerima boleh membeli sehingga 90,000 jenis barangan dalam 14 kategori keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, susu, roti, lampin, sabun, ubat asas dan alat tulis di lebih 4,100 kedai berdaftar termasuk Mydin, Giant, HeroMarket dan kedai runcit tempatan.

Permohonan SARA 2026 tidak diperlukan kerana kelayakan ditentukan secara automatik berdasarkan data STR dan eKasih. Semakan status boleh dibuat melalui:

Untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan SARA 2026, anda boleh rujuk artikel ini: https://ecentral.my/sara-2026/

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA, sila rujuk Portal Rasmi SARA.

Atau, hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800 .

MUAT TURUN SOALAN LAZIM MENGENAI BANTUAN SARA 2026 DI BAWAH:


KLIK LINK DOWNLOAD BAGI LIHAT PAPARAN PENUH FAIL 


1. Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada
rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini
adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip
kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

2. Bagaimana cara membuat permohonan Sumbangan Asas Rahmah 2026?

TIADA PERMOHONAN DIPERLUKAN. Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala. SARA 2026 turut diperluas kepada semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

3. Di mana saya boleh buat semakan bantuan SARA Rahmah?

Semakan bantuan SARA Rahmah boleh dilakukan melalui aplikasi MyKasih atau di laman web rasmi semakan Sumbangan Asas Rahmah 2026 atau Portal rasmi MyKasih.

4. Apa cara login untuk Sumbangan Asas Rahmah?

Untuk login dan mengakses status bantuan, penerima boleh menggunakan aplikasi MyKasih yang tersedia di Google Play Store dan Apple App Store. Melalui aplikasi ini, penerima dapat melihat baki kredit dan transaksi SARA mereka.

5. Apakah perbezaan antara Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Sumbangan Asas Rahmah adalah bantuan dalam bentuk kredit tanpa tunai yang digunakan untuk membeli barangan asas di kedai rakan niaga MyKasih.

Manakala Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diberikan dalam bentuk wang tunai secara langsung kepada penerima pada waktu tertentu.

6. Bagaimana saya boleh membuat semakan bantuan tunai Rahmah?

Semakan bantuan tunai Rahmah boleh dibuat melalui portal rasmi Bantuan Tunai Rahmah atau melalui sistem login yang disediakan untuk penerima.

7. Sekiranya saya tidak tersenarai sebagai penerima SARA 2026, adakah saya
masih berpeluang menjadi penerima SARA?

Ya. Tiada permohonan rayuan akan dibuka bagi kelayakan baharu SARA. Walau
bagaimanapun, kelayakan SARA akan dipertimbangkan semula sekiranya:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Permohonan rayuan STR 2026 anda melepasi kriteria kelayakan dan diluluskan; serta
iii. Tersenarai dalam data Miskin Tegar / Miskin eKasih atau lulus kategori Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan STR 2026 (bagi kelayakan kadar tambahan SARA 2026).

Amaun kelayakan SARA 2026 adalah tertakluk kepada fasa STR 2026 diluluskan. Sekiranya permohonan STR diluluskan mulai semakan Fasa 2 / Fasa 3 / Fasa 4, bayaran SARA yang akan diterima adalah mulai bulan permohonan STR berkenaan diluluskan.

8. Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?

Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad mereka untuk membeli barang
keperluan asas terpilih. Pembayaran kepada penerima SARA 2026 adalah seperti jadual berikut:

9. Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki
elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?

Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2026 akan luput secara automatik.

10. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program SARA 2026?

Maklumat lanjut berkenaan SARA 2026 boleh didapati di:
i. Portal Rasmi SARA; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan SARA Yayasan MyKasih 03-7720 1800

 

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content