$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Senarai Barang MyKasih / Bantuan SARA RM100

SHARE:

Senarai Barang MyKasih / Bantuan SARA RM100 TERKINI: SARA UNTUK SEMUA AKAN DIKREDITKAN MULAI 9 FEBRUARI 2026 (ISNIN).  Semakan bayaran boleh...

Senarai Barang MyKasih / Bantuan SARA RM100

kategori barangan mykasih

TERKINI: SARA UNTUK SEMUA AKAN DIKREDITKAN MULAI 9 FEBRUARI 2026 (ISNIN). Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA.

Penerima Sumbangan Asas Rahmah, SARA dinasihatkan untuk menyemak senarai Barangan MyKasih untuk membeli keperluan menggunakan bantuan tersebut.

Ini bagi memastikan kesemua barangan yang dibeli menggunakan bantuan tersebut adalah tergolong dalam barangan yang diluluskan untuk dibeli.

Semakan kelayakan SARA boleh disemak melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rakyat (STR)portal MyKasih, atau melalui talian bantuan yang disediakan.

Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

Ianya merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.

senarai barang mykasih sara
Semak baki dan senarai barang SARA

Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Program SARA telah bemula pada 1 April 2025 untuk 5.4 juta penerima di seluruh negara, manakala penerima SARA UNTUK SEMUA akan menerima RM100 bermula 9 Februari 2026 (Isnin).

Syarat Kelayakan

Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala. 

TIADA PERMOHONAN DIPERLUKAN. ANDA TIDAK PERLU MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN SARA 2026. 

SARA 2026 turut diperluas kepada semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan 
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan 
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.

SARA STR 2026:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih dengan ketetapan seperti berikut:

  • Data eKasih 31 Januari 2026 (layak SARA 2026 mulai Januari 2026) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada April 2026
  • Data eKasih 30 April 2026 (layak SARA 2026 mulai April 2026) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Julai 2026
  • Data eKasih 31 Julai 2026 (layak SARA 2026 mulai Julai 2026) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Ogos 2026
  • Data eKasih 31 Oktober 2026 (layak SARA 2026 mulai Oktober 2026) – keputusan
  • kelayakan dan pembayaran adalah pada November 2026

SARA UNTUK SEMUA

  • Semua warganegara berusia 18 tahun ke atas layak mendapat RM100 seorang yang akan dikreditkan melalui MyKad mulai 9 Februari 2026
mysara
MYSARA
mysara
mysara

Tarikh Penebusan Barang MyKasih

Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2026.

Amaun Kelayakan

Kelayakan amaun SARA 2026 adalah seperti berikut:

Kategori Penerima STR 2026Penerima STR 2026 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasihPenerima STR 2026 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih
Isi Rumah (Tiada had umur)RM2,400
RM200/bulan (Januari-Disember)
RM1,200
RM100/bulan (Januari-Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800
RM150/bulan (Januari-Disember)
RM600
RM50/bulan (Januari-Disember)
Bujang (21-59 tahun)RM1,200
RM100/bulan (Januari-Disember)
RM600
RM50/bulan (Januari-Disember)
Nota : Amaun kelayakan SARA 2026 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2026 diluluskan.

Kategori Barangan yang Boleh Dibeli MYKASIH/SARA 2026

Mulai 9 Februari 2026, kategori baharu iaitu barangan sejuk beku telah dimasukkan dalam senarai MyKasih.

Kini penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 24 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.

  1. Beras
  2. Buku
  3. Perubatan
  4. Penjagaan Mulut
  5. Pembersih Tandas
  6. Telur
  7. Pembersih Lantai
  8. Syampu
  9. Beg Sekolah
  10. Perasa
  11. Mee
  12. Minuman
  13. Makanan Dalam Tin
  14. Biskut
  15. Minyak Masak
  16. Sabun Basuh Pinggan
  17. Makanan Sejuk Beku [TERBARU]
  18. Roti
  19. Pencuci Badan
  20. Pencuci Pakaian
  21. Tepung
  22. Tuala Wanita
  23. Alat Tulis
  24. Seragam
barangan mykasih
MYSARA
MYSARA

Cara Semak Barangan MyKasih

Ramai juga tertanya-tanya, kadang-kadang tu jenama barangan yang dipamerkan dalam poster tu tak ada di kedai. Jadi, bolehkah beli jenama lain?

Adakah ia layak untuk dibayar menggunakan wang bantuan MyKasih nanti?

Ini cara nak check barang yang layak untuk pembelian menggunakan aplikasi MyKasih :

  1. Download aplikasi MyKasih melalui pautan ini:
  2. Buka aplikasi MyKasih dan daftar sebagai pengguna.
  3. Tekan butang CHECK ITEM
  4. Anda boleh scan barkod atau lihat dari dalam senarai barangan yang disediakan.
  5. Sekiranya barang tersebut boleh dibeli menggunakan SARA, makluman akan dipaparkan seperti dalam gambar di bawah.

LIHAT PANDUAN VIDEO DI BAWAH

Sumber: Econsave Kota Tinggi

Kaedah Pembelian Barang MyKasih

Kaedah pembelian barang boleh dibuat seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Rujuk video berikut untuk memudahkan anda :

Sumber: Econsave Kuala Terengganu
@econsave.ktrg

kepada Penerima MyKasih SARA, Boleh rujuk video ni langkah-langkah membeli barangan menggunakan MyKad. Econsave ada terima Mykasih ya. #bandingkanhargakami #Econsavelebihberbaloi #Econsavelebihmurah #Mykasih #kualaterengganu #terengganu

♬ original sound – ECONSAVE.KT – SAHABAT ECONSAVE TERENGGANU
@segifresh

Penerima bantuan MyKasih, ini berita baik untuk anda! 🎉 Kini, anda boleh menggunakan dana MyKasih untuk membeli barang keperluan harian di Segi Fresh, Ehsan Segi Fresh & D’Mart Segi Fresh. Mudah dan cepat! 🛒✨ Cara nak guna MyKasih? Senang je! 1️⃣ Pergi ke Stor Segi Fresh, Ehsan Segi Fresh atau D’Mart Segi Fresh terdekat. 2️⃣ Pilih barang yang anda perlukan. 3️⃣ Tunjukkan MyKad dan bayar guna MyKasih. Jom, manfaatkan kemudahan ini sekarang! 💚 #MyKasih #SegiFresh #PilihFreshPilihSegi

♬ original sound – Segi Fresh – Segi Fresh
@tfvaluemart1957

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MySara) kini di semua cawangan TF Value-Mart~ Banyak betul produk yang terdapat di dalam kategori MyKasih. Dapatkan info selanjutnya di https://www.mykasih.com.my/ ! Jom singgah di mana-mana cawangan TF Value-Mart sekarang! #tfvaluemart #TFValueMartSetiapHari #tfvm #ThorbaekFreshUntukFamili #MyKasih

♬ original sound – TF Value-Mart Official – TF Value-Mart Official

Info Lanjut Barang MyKasih & Bantuan SARA

Semak kelayakan di laman web MyKasih di bawah bahagian “Semak Kelayakan” dan lihat jumlah bantuan yang diterima setiap bulan.

Berikut ialah panduan ringkas untuk pengalaman beberlanja yang lebih lancar – semua yang anda perlu tahu!
✔️ Cara membeli barangan dengan MyKad anda
✔️ Senarai kategori barangan yang diluluskan
✔️ Cara memuat turun Aplikasi MyKasih
✔️ Muat turun panduan di sini: https://www.sara.gov.my/panduan-pembelian-sara.pdf
Ingin mengetahui lebih lanjut? Layari laman web https://www.sara.gov.my untuk butiran penuh, soalan lazim dan sumber tambahan.


Soalan lazim mengenai bantuan in boleh dirujuk melalui lampiran di bawah:

Info lanjut mengenai Barangan MyKasih, sila layari laman web MyKasih.

Soalan Lazim – Senarai Barang MyKasih

1. Apakah itu program MyKasih?

Program MyKasih adalah inisiatif bantuan kerajaan yang memberi bantuan kewangan tanpa tunai melalui MyKad kepada penerima yang layak. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit terpilih seperti Mydin, Econsave, Giant, Lotus’s, dan lain-lain.

2. Siapa yang layak menerima bantuan MyKasih?

Layak menerima bantuan ialah warganegara Malaysia yang disenaraikan sebagai miskin tegar/miskin dalam data eKasih atau penerima STR tahun semasa dalam kategori isi rumah, bujang, dan warga emas tanpa pasangan.

3. Bagaimana cara membeli barang dengan MyKasih?

– Pergi ke kedai terpilih seperti Mydin, Econsave, Lotus’s.
– Pilih barangan yang mempunyai label MyKasih di rak harga.
– Semasa bayaran, tunjukkan MyKad di kaunter untuk pengesahan dan pembayaran akan ditolak daripada baki bulanan bantuan.

4. Apakah senarai kategori barang MyKasih yang boleh dibeli?

Beras
Roti
Telur
Minyak masak
Tepung
Biskut
Mi segera
Minuman
Makanan dalam tin
Bahan perasa
Produk kebersihan diri
Barangan kebersihan rumah
Ubat-ubatan
Barangan keperluan sekolah

5. Adakah senarai barang sama di setiap kedai?

Senarai barang asas adalah sama di setiap pasar raya rakan MyKasih, tetapi pilihan jenama dan stok bergantung kepada kedai masing-masing. Barangan MyKasih sentiasa dilabel untuk memudahkan pemilihan.

6. Di mana saya boleh semak baki, senarai barang sebenar dan kedai berdekatan?

Anda boleh muat turun aplikasi MyKasih atau melayari laman web rasmi MyKasih untuk semakan terkini mengenai baki bantuan, senarai barang terperinci, dan lokasi kedai berdaftar.

7. Apa senarai barang mykasih di Mydin?

Senarai barang MyKasih di Mydin (2025) mengikut kategori barangan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Beras – Contoh jenama: Jasmine, Jati, Saga, Faiza, Cap Masjid
Roti – Gardenia, Massimo, Mighty White
Telur – CP, NutriPlus, QL Eggs
Minyak Masak – Saji, Alif, Knife, Daisy, Sri Murni
Tepung – Blue Key, Cap Sauh, MFM, Cap Ros
Biskut – Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng, Jacob’s
Mi Segera – Maggi, Mi Sedaap, Indomie, Mamee
Minuman – MILO, Dutch Lady, Vico, BOH, Nescafe, Quaker
Makanan Dalam Tin – Ayam Brand, TC Boy, Adabi, Yeo’s
Bahan Perasa – Maggi, Kimball, Jalen, Adabi, Babas, Mak Siti, Cukup Rasa
Produk Kebersihan Diri – Colgate, Kotex, Dettol
Ubat-Ubatan Ringan – Panadol, Hurix’s, Strepsils, Prospan
Barangan Persekolahan – Bata, Stabilo, Faber-Castell, Canggih
Produk Kebersihan Rumah – Sabun atau serbuk pencuci pakaian, sabun pinggan mangkuk, pencuci lantai

8. Apa senarai barang mykasih di Lotus?

Berikut adalah jenis barang yang biasanya boleh dibeli dengan mykad di Lotus: 
Barangan Makanan:
– Barangan runcit seperti beras, gula, minyak masak, dan lain-lain.
– Produk tenusu, telur, dan makanan dalam tin.
– Ikan, ayam, dan daging.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Keperluan Asas Isi Rumah:
– Barangan kebersihan diri (sabun, syampu, ubat gigi, dll.).
– Barangan pembersih rumah (sabun cuci pinggan, pencuci lantai, dll.).
– Barangan keperluan harian lain yang berkaitan dengan rumah tangga.

9. Apa senarai barang mykasih di Econsave?

Senarai barang MyKasih di Econsave tahun 2025 mengikut kategori utama yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Beras (contoh jenama: Jasmine, Jati, Bernas, Faiza, Cap Rambutan)
Roti (Gardenia, Massimo, Mighty White)
Telur (Nutriplus, QL Eggs, CP)
Minyak masak (Sri Murni, Saji, Alif, Daisy, Buruh, Knife, Vesawit)
Tepung (Cap Sauh, Cap Lili, Faiza, Cap Ros, BlueKey)
Biskut (Julies, Tiger, Munchys, Chipsmore, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng)
Mi segera (Indo Mie, Mamee, Maggi, Cintan, Mi Sedap)
Minuman (Tea Boh, Milo, Dutch Lady, F&N, Nescafe, Horlicks, Vico, Marigold, Quacker, Fernleaf)
Makanan dalam tin (Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC Boy, King Cup)
Bahan perasa (Sos Puteri, Kimball, Life, Jalen, Cap Kipas Udang, Tamin, Maggi, Faiza, Planta)
Produk kebersihan (Colgate, Dettol, Kotex)
Ubat-ubatan (Prospan, Hurix’s, Panadol, Sterimar, Difflam)
Barangan persekolahan (Bata, Canggih, Stabilo, Faber-Castell, Staedtler)

Macam mana nak check barang SARA?

Download aplikasi MyKasih di https://mykasih.com.my/mykasih-app/ dan imbas barkod untuk melihat sama ada barang tersebut layak dibeli di bawah program SARA.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content