Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

SHARE:

  Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..” Nama pelakon Sharifah Sakinah menc...

 

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz.

Menerusi perkongsian Fasha di Instagram, foto yang dimuatnaik itu adalah ketika mempromosikan drama terbaharu suaminya bersama Sakinah yang berjudul Sujud Terakhir Encik Norman.

“Saya sangat bangga dengan kamu suamiku, Encik Norman. Best of luck sayang and team.”-kapsyen Fasha Sandha di Instagram

“Jangan Normalisasikan Benda Yang Haram…”

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen di ruangan komen yang kurang senang melihat tindakan Sakinah yang memeluk suami orang lain, malah ada yang berpendapat Fasha seolah-olah memberi ‘lampu hijau’ melihat suaminya itu dipeluk oleh wanita lain.

“Suami orang tu dipeluk macam tu ya Allah.”

“Bagusnya kak Fasha tak jeles pun perempuan lain peluk husband dia eh.”

“Tak tahu halal haram, boleh pula si isteri senyum-senyum. Makin pelik si Fasha ni.”

“Jangan normalisasikan benda yang haram, tuan-tuan. Apabila yang salah dipamerkan berulang kali, ia akan kelihatan biasa. Apabila ia dianggap biasa, generasi akan membesar tanpa rasa bersalah. Jagalah batas. Kerana rosaknya generasi bermula apabila yang haram tidak lagi ditegur.”

“Nak hairan tapi artis hmm gitulah. Bila ditegur terpaling play victim pulak. Dah ramai yang tegur so at least kita dah terlepas disoal kat sana pulak.”

Ketika artikel ini ditulis, Fasha Sandha dilihat tidak memberikan sebarang respon terhadap kritikan netizen yang dilemparkan terhadap mereka berhubung foto mesra yang dimuatnaiknya itu.

Sekadar info, Fasha Sandha dan Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira.

Fasha juga mempunyai dua cahaya mata hasil dari perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Apa komen anda?


Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content