Mulai 1 Mac 2026, pembelian minyak masak 1kg dalam paket hanya dibenarkan untuk warganegara Malaysia dan hanya untuk kegunaan isi rumah.
Penguatkuasaan ini adalah di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 yang berfungsi mengawal ketirisan dan penyelewengan barang kawalan.
Harga & Kuota Minyak Masak Bersubsidi (Polibeg)
Untuk makluman, harga siling minyak sawit tulen bagi pek polibeg 1kg ialah RM2.50.
Kuota Pembelian Minyak Masak Bersubsidi
Setiap isi rumah biasanya diberi kuota pembelian dalam lingkungan 1-2 peket 1kg setiap bulan.
Setiap pembelian mesti dibuat melalui aplikasi eCOSS dengan pengesahan identiti menggunakan MyKad untuk mengesahkan kelayakan pembeli.
Langkah ini memastikan subsidi minyak masak peket 1kg benar-benar sampai kepada golongan yang layak seperti isi rumah B40 dan bukan pihak yang tidak berhak.
Dengan sistem eCOSS dan kuota ini, kerajaan berharap subsidi minyak masak dapat diagihkan secara telus dan adil kepada rakyat Malaysia yang benar-benar memerlukan.
Harga minyak paket bersubsidi polibeg 1 Kg BUKAN RM3.00, RM3.50 atau RM4.00 tetapi harga kawalan yang dijual adalah RM2.50.
Laporkan kepada KPDNHEP jika ada premis yang menjual minyak masak paket kepada warga asing!
Cara Pembelian Minyak Masak Paket Melalui eCOSS
Seperkara lagi, pembelian minyak masak akan dikendalikan melalui aplikasi e-COSS. Kalau anda masih belum tahu, eCOSS atau Electronic Cooking Oil Subsidy System (ecoss.kpdn.gov.my/) ialah sistem elektronik yang diperkenalkan kerajaan bagi mengawal pengedaran minyak masak bersubsidi di Malaysia.
Bagi anda yang masih belum mendaftar, boleh rujuk panduan di bawah.
Cara Daftar eCOSS
Untuk pengguna (orang awam)
Muat turun aplikasi eCOSS dari Google Play Store, Apps Store atau App Gallery.
Klik ‘Tiada Akaun? Daftar Baru”
Isi maklumat yang diperlukan untuk daftar pengguna.
Klik “Daftar” untuk mendaftar. Jangan lupa tandakan kotak pengesahan.
Pengguna akan menerima maklumat log masuk melalui emel. Jadi pastikan emel anda aktif.
Lengkapkan proses pengesahan identiti menggunakan MyKad secara e-KYC dalam aplikasi.
Pengesahan identiti secara e-KYC
Masukkan id dan kata laluan yang diterima, kemudian klik Log Masuk.
Klik butang e-KYC untuk pengesahan identiti.
Muat naik gambar kad pengenalan hadapan, belakang dan swafoto.
Selesai.
Gunakan aplikasi untuk imbas kod QR apabila membeli minyak masak peket subsidi di kedai sah. Pembelian akan direkod dengan identiti pembeli dan kuota yang dibenarkan bagi memastikan subsidi sampai kepada pembeli yang layak.
Klik “Tiada Akaun? Daftar Baru” untuk daftar baru eCOSSLengkapkan maklumat yang diperlukanLog masuk gunakan kad pengenalan dan kata laluan yang diberikan melalui emelLengkapkan proses pengesahan identiti menggunakan MyKad secara e-KYC.kod QR apabila membeli minyak masak peket subsidi di kedai sahAnda juga boleh lihat sejarah pembelian
Daftar akaun syarikat sebagai pengilang, pembungkus, atau pemborong baru.
Lengkapkan maklumat perniagaan dan dokumen sokongan lesen berkenaan.
Ikut manual pengguna untuk mengisi data jualan harian, termasuk pengesahan nombor invois dan rekod penjualan.
Setelah diluluskan, gunakan aplikasi eCOSS untuk merekodkan setiap transaksi jualan minyak masak peket subsidi.
Cara Memaparkan QR Kod Peruncit
Peruncit yang menjual minyak masak bersubsidi wajib memaparkan QR kod khas eCOSS di kaunter atau lokasi jualan.
Cara Memaparkan QR Kod Peruncit
Setelah pendaftaran dan pengesahan akaun eCOSS selesai, peruncit akan diberikan QR kod unik yang perlu dicetak dan dipamerkan di tempat mudah dilihat oleh pelanggan.
QR kod ini digunakan pelanggan untuk mengimbas menggunakan aplikasi eCOSS pada telefon bimbit mereka semasa membeli minyak masak peket 1kg bersubsidi.
Kenapa Kena Papar QR Kod?
Imbasan QR kod ini adalah langkah pengesahan transaksi supaya minyak subsidi hanya boleh dibeli oleh pembeli yang sah berdaftar dan layak seperti warganegara Malaysia.
Ia membantu mengelakkan ketirisan dan penyelewengan, seperti pembelian subsidi oleh warga asing atau pembelian berlebihan.
QR kod membolehkan KPDN memantau setiap transaksi jualan secara digital dalam masa sebenar, menjamin bekalan subsidi sampai kepada sasaran sebenar.
Rujuk video tutorial cara memaparkan QR Kod untuk peruncit:
Muat Turun Manual Pengguna
Anda boleh muat turun manual pengguna eCOSS di bawah untuk rujukan lebih lanjut cara daftar eCOSS dan log masuk.
Loaded All PostsNot found any postsVIEW ALLRead moreReplyCancel replyDeleteByHomePAGESPOSTSView AllRECOMMENDED FOR YOULABELARCHIVESEARCHALL POSTSNot found any post match with your requestBack HomeSundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunMonTueWedThuFriSatJanuaryFebruaryMarchAprilMayJuneJulyAugustSeptemberOctoberNovemberDecemberJanFebMarAprMayJunJulAugSepOctNovDecjust now1 minute ago$$1$$ minutes ago1 hour ago$$1$$ hours agoYesterday$$1$$ days ago$$1$$ weeks agomore than 5 weeks agoFollowersFollowTHIS PREMIUM CONTENT IS LOCKEDSTEP 1: Share to a social networkSTEP 2: Click the link on your social networkCopy All CodeSelect All CodeAll codes were copied to your clipboardCan not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copyTable of Content
COMMENTS