$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Waktu Berbuka Puasa Kedah 2026 / 1447 H

SHARE:

  Waktu Berbuka Puasa Kedah 2026 / 1447 H Waktu berbuka Kedah 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan  https://www.i...

 

Waktu Berbuka Puasa Kedah 2026 / 1447 H


Waktu berbuka Kedah 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/. Anda boleh rujuk jadual waktu berbuka puasa yang ditetapkan merangkumi seluruh kawasan dan daerah di Kedah.

Waktu Berbuka Puasa Kedah 2026 / 1447 H

Bagi tahun 2026/1447H, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis) bergantung pada bergantung pada hasil cerapan anak bulan yang akan dijalankan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu juga disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka Kedah bagi tahun 2026.

Jadual ini berdasarkan takwim waktu solat JAKIM & Majlis Agama Negeri masing-masing.

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Kedah 2026 / 1447 H

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1447 H / 2026 BAGI SELURUH NEGERI KEDAH

Zon 1: Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena

Zon 2: Pendang, Kuala Muda, Yan

Zon 3: Padang Terap, Sik

Zon 4: Baling

Zon 5: Kulim, Bandar Baharu

Zon 6: Langkawi

Zon 7: Puncak Gunung Jerai

NOTA:

  • ZON 1: Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena
  • ZON 2: Kuala Muda, Pendang, Yan
  • ZON 3: Padang Terap, Sik
  • ZON 4: Baling
  • ZON 5: Kulim, Bandar Baharu
  • ZON 6: Langkawi
  • ZON 7: Puncak Gunung Jerai
  • *Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
  • **Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

Sumber: Laman web rasmi JAKIM – https://www.islam.gov.my/

Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA

Doa Berbuka Puasa

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selamat berbuka puasa.

Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.

Doa 1

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ

Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah

Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”

(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

doa berbuka puasa
Sumber infografik : JAKIM

Doa 2

i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Sumber infografik : Masjid Negara Malaysia

Adab Semasa Berbuka

Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
waktu berbuka

Soalan Lazim Waktu Berbuka Kedah 2026

Bilakah tarikh jangkaan mula berpuasa di Malaysia pada tahun 2026?

Di Malaysia, umat Islam dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis). Tarikh ini tertakluk kepada pengumuman rasmi hasil cerapan anak bulan.

Berapakah jumlah zon waktu solat di negeri Kedah?

Negeri Kedah mempunyai pembahagian zon yang agak unik, iaitu sebanyak 7 Zon utama.

Adakah waktu berbuka di Langkawi sama dengan Alor Setar?

Tidak sama. Waktu berbuka di Pulau Langkawi (Zon 6) biasanya adalah 2 hingga 3 minit lebih lewat berbanding di Alor Setar (Zon 1) kerana kedudukan geografi Langkawi yang berada paling barat di negeri Kedah.

Mengapa terdapat zon khas untuk Puncak Gunung Jerai (Zon 7)?

Kedah adalah antara negeri yang mempunyai zon solat khas berdasarkan ketinggian. Disebabkan Puncak Gunung Jerai berada pada altitud tinggi, waktu matahari terbenam (Maghrib) di sana sedikit berbeza (biasanya lebih lewat beberapa minit) berbanding kawasan di kaki gunung atau kawasan rata.

Adakah Awal Ramadan merupakan cuti umum di negeri Kedah?

Ya. Di Kedah, hari Awal Ramadan adalah cuti umum negeri. Ini memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk membuat persiapan awal bagi menyambut bulan yang mulia ini bersama keluarga.


Sumber : ecentral.my


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content