WOW [VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

SHARE:

  [VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira” Foto - @emma_maembongofficial (IG) Share on Fa...

 

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail menjelaskan dia mengunjungi kelab tersebut selepas selesai menjalani penggambaran video muzik di Sibu.

“Saya tak fahamlah kenapa orang suka memberi reaksi berlebih-lebihan sampai nak kena kaburkan muka saya. Saya tak faham. Saya pergi Sibu sebab nak rakam video muzik dan kebetulan DJ Kidd ‘spin’ di situ dan saya nak pergi tengok.”

“Saya sendiri yang masuk kelab tanpa memakai pelitup muka atau topi sebab memang nak pergi tengok dia ‘spin’. Dan bila orang rakam saya, saya yang lambai orang tu dengan mesranya.”

Video Player
00:00
00:21

Emma menegaskan bahawa dia tidak ada niat untuk menyembunyikan keberadaannya ketika itu. Aktres itu juga mengakui dia memasuki kelab dalam keadaan gembira dan sukarela.

“Saya tahu ramai orang rakam dan biarkan benda itu terjadi. Jadi, bukannya saya menyorok bawah meja, lainlah kalau wajah saya terkantoi kemudian tersebar.”

Video Player
00:00
00:22

Emma Maembong turut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang mengaburkan wajahnya dalam rakaman tersebut dan mencetuskan kontroversi yang tidak perlu.

“Biarkan dan tak perlu nak kaburkan muka serta beritahu siapa pelakon itu. Sedangkan saya sendiri yang masuk dengan gembira, ramai orang jaga saya. Orang-orang Sibu sangat ‘sporting’ dan mereka pun tidak ‘judgemental’ sangat.”

Pada masa yang sama, Emma menggambarkan suasana di lokasi terbabit sangat positif dengan peminat yang mesra dan ‘menjaganya’ dengan baik sepanjang berada dalam kelab malam tersebut.


Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content